Al-Hadith

June 18, 2009

Sekilas Summer Memory

Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah Summer Memory anjuran MMY telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Madinah Hassan pada 13 Jun lalu. Tahniah kepada AJK2 yang telah berhempas pulas menjayakan program ini, semoga usaha ikhlas kalian itu mendapat ganjaran dari yang selayaknya memberi, Allah Subhanahu wa Taala itu..

Program ini adalah program sukaneka pada pagi hari sebelum malam itu punyai satu lagi program iaitu "Malam LIPLAP2 Siswi Yarmouk". Mulanya program sukaneka itu kurang mendapat sambutan, mungkin kerana tidak dapat mendapat gambaran awal tentang permainan2 yang akan dijalankan atau dijalankan di awal pagi dan tempat program itu jauh perlu menaiki teksi atau sebagainya kurang dikenalpasti, sehingga menimbulkan kerisauan bagi pihak AJK. Namun, sesaat seiminit berlalu, kelihatan ramai siswi yang hadir sehingga jumlah kehadiran pada pagi itu mencecah 60 orang.


Majlis bermula tepat jam 8.15 a.m. dengan ucapan pembukaan oleh pengarah sukaneka, Saudari Siti Farhana binti Jalaluddin. Kemudian diteruskan dengan acara erobik dengan diketuai oleh Sharifah, Syahida serta Shafiqah. Kemudian, program diteruskan dengan acara sukaneka Sungai asid berhalangan. Apa yang menarik disini adalah melihat semangat kesukanan dan keukhwahan serta kepintaran yang ditunjukkan oleh mahasiswi2. Bermula dari tiup belon, sehingga ke checkpoint seterusnya, sehinggalah ke checkpoint terakhir dengan merentasi beberapa kepingan kotak tanpa memijak tanah. Paling terharu adalah kumpulan 3 kerana sanggup mengendong rakannya dari mula perjalanan sehingga ke akhir perjalanan, bagai ibu dan anak. Semangan inilah yang kita mahukan, yang kita ingin semaikan dalam diri setiap mahaiswa. Bukan kerana hanya mahu mempercepatkan perjalanan ke destinasi seterusnya tapi pengorbanan dan keukhwahan itu hendaklah berterusan sehingga ke akhirnya, moga diberi izin Allah..

Kemudian semua siswi berehat dan menikmati sarapan makaroni yang disediakan oleh pihak persegaran. Semua siswi menjamah dan berkelah bersama ahli kumpulan masing-masing bagi mengeratkan ukhwah sesama mereka, yang tidak kenal mula mengenali, yang kenal mula mengerati, yang erat dipertambaheratkan lagi. Kemudian diteruskan dengan acara beregu. Pelbagai kerenah siswi membuat lagak bagi memudahkan rakan sekumpulan meneka, serta pelbagai jawapan-jawapan yang salah betulnya dari ahli kumpulan bagi mencuba nasib menjawab hasil gerakan rakannya di hadapan. Bagi mengisi masa lapang, permintaan bermain 'goreng pisang' dibuat dan telah dijalankan dikawal oleh pengarah sendiri Siti Farhana merangkap bendahari di dalam pentadbiran MMY 08/09..

Tempat pertama - kumpulan 3 (kambing)
Tempat kedua - kumpulan 2 (ayam) - diketuai kak amna,yg diminta untuk namanya dipamerkan.
Tempat ketiga - kumpulan 4 (lembu)
Tempat keempat - kumpulan 1(kucing)

Kumpulan terbaik - kumpulan 3 (kambing)

Nama2 ini adalah kerana bunyi yang diberikan oleh AJK kepada kumpulan ketika permainan Sungai Asid Berhalangan untuk ke checkpoint kedua, tanpa disangka bunyi2 itu adalah berterusan untuk menaikkan semangat ahli kumpulan seterusnya merangkap nama kumpulan.

Tahniah kepada semua siswi, tidak kira anda adalah AJK atau peserta, andalah yang telah menjayakan program ini.

*Maaf buat sementara ini belum ada gambar yang sesuai untuk diupload, jika ada yang punyai gambar yang sesuai dan mahu diletak dalam galeri MMY, bolehlah berikan ya.

4 KATA BALAS:

Anonymous June 18, 2009 at 4:26 PM  

sape la yg kne gendong tu ye??msti budak tu kurus kn??hahahaha..yey,hidup kambing.."mbeekk,mbeekk,mbeeekkkk"..mge ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga..amiinn..

Anonymous June 18, 2009 at 4:33 PM  

nama org2 yg buat senaman tu cam sedap jer..sumenyer 'sha,sya,sha'..saayang MMY..

cik santun June 18, 2009 at 11:31 PM  

salam..

rasa2 macam mengenali saja insan yang selalu bangga akan kekurusan diri itu!!! =P

ya, kumpulan 3 memang best.. sbb ape best?? sebab bergabung banat saharudin dalam satu kumpulan, hehe..

"mbeeekkk, mbeeekkk, mbeekkk".. ish, tu bunyi keramat kita tu.. hehe..

org yg buat senaman tu, nama shafiqah tu saja sebenarnya yang sedap, yg lain tumpang sedapnya ja!! hihi..

Anonymous June 19, 2009 at 7:47 AM  

ala.akk pon bangga gak..hehe...kurus tu satu nikmat dr Allah,so kte rse bersyukur la..hehe..dh lme x kne gendong..akk gendong kte plak lps ni..huhu..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP