Al-Hadith

March 29, 2009

IKLAN MA’RAD THAQOFI JAMIAH YARMOUK 08/09


Assalamualaikum wbt,

Kepada Semua warga PERMAI khususnya ahli MMY sekalian,

Majlis Mahasiswa Yarmouk dengan sukacitanya menjemput semua warga MMY khususnya dan warga PERMAI amnya untuk melawat booth Malaysia sepanjang minggu ini.. Berikut merupakan butiran Ma’rad :


TARIKH
30/03/2009 - 02/04/2009

HARI
Isnin - Khamis

MASA
8.00 Pagi - 3.00 Petang
( Perasmian bermula pada pukul 10.00 pagi )

TEMPAT
syu'un Tholabah Jamiah Yarmouk


MARILAH SAMA-SAMA MENYOKONG PROGRAM KITA!!
* nantikan persembahan menarik semasa acara perasmian.



Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Jadual Tugasan Syabab Dan Akhowat Serta Taklifat Ketika Bertugas

JADUAL TUGASAN MA'ARAD THAQOFI

( SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK
MELIHAT JADUAL DENGAN JELAS )



Taklifat untuk petugas-petugas Ma’rad :


1) Etika Pemakaian

Lelaki

  • Berbaju Melayu
  • Bersongkok Hitam
  • Berkasut Hitam
  • (digalakkan memakai sampin)

Perempuan

  • Berbaju Kurung
  • Berselendang Kain Batik (atas bahu)
  • Berkasut Hitam


2) Dalam setiap syif , booth dijaga oleh 2 orang petugas lelaki dan 2 orang petugas perempuan.

3) Pelawat lelaki mestilah menerima layanan dari krew lelaki dan begitulah sebaliknya. Elakkan dari ikhtilat..(ingatkan rakan-rakan anda)

4) Diharapkan para petugas menepati jadual sebagaimana yang telah diedarkan dan ditetapkan olah AJK Ma’rad.

5) Semua petugas perlu memastikan mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai pengetahuan mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Malaysia.

6) Setiap petugas mesti memastikan keselamatan barang-barang yang dipamerkan terutama barang-barang berharga dalam keadaan selamat dan teratur.

7) Jangan benarkan terlalu ramai pelawat masuk ke dalam booth untuk mengelakkan kesesakan di dalam kawasan booth dan memastikan keselamatan barang-barang terjamin.

8) Keselamatan barang-barang pameran adalah dibawah tanggungjawab petu
gas yang bertugas.

9) Kekemasan perlu dititikberatkan oleh semua petugas setiap masa dan keadaan.

10) Sila pastikan pelawat merasa makanan yang dibenarkan sahaja.

11) Kerjasama semua petugas amatlah diharapkan oleh AJK Pelaksana Ma’rad Thaqofi bagi melicinkan dan melancarkan ma’rad pada tahun ini.



Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

March 24, 2009

KEPADA SEMUA AHLI MMY JORDAN

Assalamualaikum wbt

Kepada ahli MMY yang dikasihi sekalian,

Dengan sukacitanya dimaklumkan Majlis Mahasiswa Yarmouk telah merangka satu blog khas bagi tujuan berikut :-


1. Menyerbarkan maklumat program MMY @ PERMAI, ilmu dan thaqofah untuk manfaat bersama melalui teknologi ICT
2. Sebagai wasilah untuk ahli2 berhubung dan mengadu segala permasalahan ahli.
3. Dan lain2


Oleh itu, pihak MMY amat mengalu2kan sebarang komen dan cadangan utk memperbaiki laman blog MMy atau badan MMY itu sendiri.


Anda juga boleh menghantar sebarang KARYA BEBAS yg sesuai untuk dimuatkan kedalam blog MMY. KARYA ANDA bolehlah diemelkan kepada emel rasmi MMY Jordan dialamat berikut :

mmyjordan@yahoo.com

sekiranya anda ( ahli MMY )berminat menjadi salah seorang penulis bagi blog ini, sila tinggalkan EMEL anda di ruangan C BOX untuk memudahkan pihak moderator blog mejemput anda.

segala kerjasama dan keprihatinan anda amatlah dihargai.

sekian,

selamat berimtihan…semoga mumtaz belake insyaAllah.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP