Al-Hadith

June 26, 2009

Pertempuran Yarmouk

Kiriman :
Rumah kayu,
Mahasiswi universiti Yarmouk.

Pertempuran Yarmouk adalah perang diantara Muslim Arab dan pasukan Romawi Timur(Byzantium) pada tahun 636 m. Pertempuran ini dilihat sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Tanah Arab dan kemasukan Islam ke Palestian,Syria dan Mesopotamia yang mana rakyatnya adalah penganut agama Kristian.
Pertempuran ini terjadi semasa pemerintahan Umar ibn Al-Khattab, khalifah Rasyidin yang kedua.Pertempuran ini juga merupakan salah satu kemenangan bagi Khalid ibn Al-Walid yang paling gemilang, dan megukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang panglima yang berkebolehan.

Sejarah telah menyaksikan kehebatan seorang tokoh pejuang Islam yang mampu menghadirkan idea-idea bernas dalam mengatur dan menyusun strategi perang yang cukup utuh serta berkesan.Beliau telah meletakkan pasukannya dalam barisan sepanjang 18 km, Khalid Al-Walid telah mengendalikan perang ini dengan strategi bertahan dan melakukan serangan balas ketika pertengahan hari. Kondisi ini terus berlangsung selama 4 hari. Pada hari kelima, pasukan Romawi cuba membuat gencatan senjata, tetapi gagal. Pada hari keenam, beliau mengubah strateginya menjadikan penyerangan lebih efektif. Pasukan Romawi kalah pada hari itu juga.

Pertempuran Yarmouk merupakan salah satu dari contoh pertunjukan strategi perang yang tak terjangkau hebatnya di mana pertempuran ini mempertaruhkan sejumlah pasukan Islam yang jauh lebih kecil iaitu sebanyak 30 000 – 40 000 orang berbanding tentera Romawi sebanyak 150 000 – 240 000 orang.Namun pasukan Islam masih mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar jumlahnya. Pada hari keenam Pertempuran Yarmouk, Khalid Al-Walid baru menerapkan strategi menyerang kerana beliau telah mengetahui akan kendurnya pertahanan pihak musuh serta sikap buruk yang mereka tonjolkan.

Pertempuran ini terjadi selama empat tahun setelah Nabi Muhammad S.A.W meninggal pada 632 m. Ia dilanjutkan pada zaman pemerintahan khalifah pertama,Saidina Abu Bakar As-Siddiq , yang cuba membawa seluruh bangsa yang bertutur dalam bahasa Arab yang berada dibawah naungan orang Muslim. Pada 633 m, pasukan Islam telah menyerang Syria, dan setelah berbagai halangan dan pertempuran kecil berlaku,akhirnya pasukan Islam berhasil merebut Damascus yang kini dikenali sebagai Damsyik pada 635 m. Pasukan Romawi Timur telah mengatur sebuah pasukan sekitar 40 000 orang setelah mengetahui Damsyik dan Emesa telah jatuh ketangan pasukan Islam. Pergerakan pasukan Romawi Timur yang besar ini menyebabkan pasukan Islam di bawah kendalian Khalid ibn Al-Walid meninggalkan kota-kota, dan mundur ke selatan menuju ke Sungai Yarmouk.
Sebahagian pasukan Romawi Timur di bawah Theodore Sacellarius dikalahkan di luar Emesa.Pasukan Islam di bawah naungan Khalid ibn Al-Walid bertemu komandan Romawi Timur lain, Baänes di lembah Sungai Yarmouk pada akhir bulan Julai.

Setelah sebulan pertempuran kecil-kecilan, tanpa aksi yang menentukan, kedua pasukan akhirnya berkonfrontasi pada 20 Ogos. Menurut sumber Muslim, telah datang pertolongan Allah SWT. kepada tentara Islam dengan berhembusnya angin selatan yang kuat meniup awan debu ke muka orang-orang Kristian. Kejadian ini persis seperti yang terjadi kepada pasukan Persia dalampertempuran Qadisiyyah. Prajurit menjadi lesu di bawah panas terik mentari. Meskipun begitu, Khalid Al-Walid terdorong untuk mundur. Namun meskipun jumlah pasukannya hanya setengah prajurit Romawi Timur, mereka lebih bersatu daripada pasukan Ketentaraan yang terdiri dari orang Armenia,Slavia , Ghassanid dan juga pasukan Romawi Timur biasa.

Disamping itu juga, orang Islam berhasil memainkan peranan dalam mempengaruhi pasukan Romawi Timur untuk beralih posisi. Tugas ini dipermudahkan lagi dengan kenyataan bahawa Kristian Arab, Ghassanid belum dibayar selama beberap bulan dan Kristian Monophysitenya ditekan oleh Ortodoks Romawi Timur. Sekitar 12 000 orang Arab Ghassanid telah membelot. Pasukan Kristian mara menuju ke kem wanita Arab dan keluarganya Akhirnya mereka berjaya diusir dengan bantuan daripada beberapa wanita Arab. Mereka kembali untuk melakukan serangan balas. Kebanyakan prajurit Baänes dikepong dan dibantai, atau digiring menuju kematiannya di sebuah jurang terjal. Sebagai hasilnya, seluruh kawasan Syria terbuka untuk Muslim Arab. Damsyik direbut kembali oleh orang Islam dalam waktu sebulan, dan Jeruselam turut jatuh tidak lama kemudian.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

KENALI ISLAM

Kiriman :
Rumah kayu,
Mahasiswi universiti Yarmouk.

Kebarangkalian persoalan berkaitan mengapa perlu dicetuskan pengenalan Islam pasti timbul.Namun dalam kita menjalani kehidupan sebagai umat Islam saban hari adakah kita benar-benar memahami dan mengenali bagaimana bentuk Islam sebenar? Mungkin ada yang akan berkata “ya” mahupun “tidak”.Itulah adalah kenyataan sebenar,tidak perlu dibuktikan. Tepuk dada,tanyalah hati. Tujuan menulis bukan sekadar ingin berkongsi,tetapi untuk mengisi,disegenap ruang dalam diri agar dapat mengerti. Mari bersama kita koreksi semula asal kewujudan Islam.

Perkataan Islam sebenarnya berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai. Nama Islam itu sendiri datangnya dari Allah Taala Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud pada awal kewujudan Nabi Adam A.S. lagi sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad S.A.W. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) adalah dari segi syariat sahaja.

Nama agama Kristian dan Yahudi pula merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Pada masa ini terdapat lebih 1.8 bilion Muslim di dunia. Kesemua mereka percaya bahawa Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Nuh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnyaNabi Muhammad S.A.W. Pengikut syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi digelar ahli kitab. Mereka yang beriman dan beramal dengan ajaran agama Islam digelar Muslim.

Sebagai umat Islam kita percaya bahawa semua makhluk yang berada di dalam alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari, bintang dan segalanya akan patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Semua makhluk tersebut termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan sebahagian lagi dari Jin yang ingkar kepada perintah Allah swt.

Umat Islam juga percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu dengan turunnya Kalam Allah iaitu mukjizat teragung ,Al-Quran sebagai panduan dan muamalat baginda sebagai penerangnya. Dalam Islam terdapat 2 bentuk fahaman utama iaitu ahli sunnah wal jamaah(Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh percanggahan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah dan dalam Islam terdapat rukun Islam dan rukun Iman yang menjadi teras amalan mukmin serata dunia.

Dalam Islam ada tiga konsep yang penting iaitu Iman , Amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab- adab seorang Muslim.

Oleh yang demikian kita sebagai umat Islam perlu akur dengan segala pensyariatan yang telah dilaksanakan dan bersama-sama menegakkan agama Islam agar tidak dicemari dengan tangan-tangan kotor serta dikasari oleh manusia-manusia angkuh yang sering ingin menjatuhkan Islam.Maruah umat Islam perlu dijaga agar tidak dicalari bukan sahaja dengan hunusan-hunusan mata pedang bahkan peluru-peluru berbisa pihak musuh. Andai tergadai maruah,pasti pincang agama dan tersasar segala kayuhan langkahan menuju redha Allah.

Selain itu , kepercayaan utama seseorang Muslim boleh dilihat dengan jelas daripada ucapan dua kalimah syahadah yang bermaksud : لا إله إلا الله محمد رسول الله " Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah”. Seseorang yang ingin memeluk Islam hanya perlu menyebut kalimah syahadah untuk bergelar Muslim. Namun dari segiundang-undang, kebanyakan negara seperti Malaysia dan Brunei mewajibkan mualaf (nama yang diberikan kepada orang yang baru menukarkan agamanya kepada Islam) untuk mendaftarkan pertukaran agamanya ke pejabat pendaftaran, atau pejabat agama Islam.

Ini bertujuan bagi memudahkan pengurusan jenazah setelah kematian akibat kemungkinannya timbul perbalahan akibat jenazah mungkin dituntut oleh keluarga yang ingin menyempurnakan jenazah mengikut agama asal.

Seperti hari ini yang mana dapat kita lihat banyak timbulnya masalah-masalah perbalahan perebutan jenazah. Hal ini merumitkan kedua-dua belah pihak. Namun apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan para mualaf ini ditempatkan di tempat yang selayaknya disisi Allah Taala.Moga slogan Islam terus tersemat di dalam hati para mujahid mujahidah semua disamping melaksanakan syariat Allah. Jadikan seuntai keimanan itu mampu menandingi segunung kejahilan. Insya’allah..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Hidup dan Motor..

Bismillahirrahmaanirahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi dengan nikmat yang tidak putus2 dariNya, kita masih lagi dapat bernafas, masih dapat berjalan, masih dapat bergelak tawa. Tidak dapat kita tuliskan satu2 nikmat kurniaan itu. Sungguh banyak, dan tidak putus2 nikmatNya kepada kita. Bersyukur, itulah semampunya kita lakukan sebagai hamba.. Bersyukur dan bersyukur.. Alhamdulillah!!!.. dan dengan nikmat dari Allah itu juga, saya ingin berkongsi sesuatu dengan kalian, moga bermanfaat!!




Hadith dari vdeo di atas ini biasa di perdengaran kita. Tapi sejauh mana pembawaan kita dalam maksud sebenar hadith 6 dari hadith 40 Imam Nawawi ini?? Lalu, saya bawakan anda suatu perumpamaan.. Perumpamaam apa yang saya ngin kongsikan itu??

Adakah anda setuju jika saya katakan Hidup ini Umpama Sebuah Motor??!! bagaimana??

Bayangkan!!! sebuah motor idaman anda.. Punyai 125cc, atau 250cc, atau 500cc, atau 700cc, atau 1200 cc dan beberapa lagi cc yang wujud.. Motor idaman anda, Yamaha.. Kawasaki.. Honda.. Yang punyai enjin berkuasa tinggi, gear yang power, komponen2 dalam motor itu juga yang mantap2 belaka..


Lalu persoalan yang muncul disini adalah, "Apakah perkara yang paling penting dalam menggerakkan motor impian anda tersebut?? Cukupkah dengan hanya punyai enjin yang power itu sudah mencukupi untuk anda sampai ke destinasi?? atau adakah dengan mengisi minyak mahal untuk menjaga enjin itu juga sudah mencukupi untuk anda menggerakkan motor itu??

Pemandu?! Ya, pemandu. Itulah perkara yang paling penting dalam menggerakkan motor. Saya tidak punyai masalah jika ada yang tidak bersetuju, namun hakikatnya, sebegitulah!! Apa guna jika punya enjin yang mantap2, tetapi tidak ada pemandu yang memandu kenderaan tersebut?? ianya hanya menambahkan koleksi di kedai besi buruk, ya kan??

Begitulah hadith, ayat terakhir dalam video yang telah saya sertakan diatas,

Beware, in the body there is a flesh; if it is sound, the whole body is sound, and if it is corrupt, the whole body is corrupt, and behold, it is the heart."


Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila buruk, maka buruklah pula seluruh tubuhnya.


Pemandu motor itu harus punya halatuju dan perancangan untuk ke destinasi. Jika dipandu ke tempat yang mendatangkan manfaat, maka manfaat lah yang dikecapi, sebaliknya jika pemandu itu membawa kearah kemaksiatan, maka maksiat jualah yang diperoleh.

Jadi, bergantunglah kepada pemandunya untuk memandu motor itu ke jalan yang dipilih, samaada keburukan atau kebaikan. Jika pemandu itu membawa ke jalan yang benar, tiada kesesatan, tidak berlopak, tidak berlecak, maka motor itu akan sampai ke destinasi dengan keadaan yang masih elok. Tapi sekiranya, pemandu itu membawa motor itu dengan tidak berhemah, menjadi rempit jalanan, melalui jalan yang berlopak, maka keadaan motor itu setelah sampai ke destinasi sudah tentunya dalam keadaan yang kotor, ya kan??

Lalu, timbul pula persoalan, kita digalakkan untuk sentiasa mentajdid niat, jadi, apakah persamaannya pula dengan perumpamaan kehidupan dengan motor ini?? Niat, yang harus sentiasa ditajdid itu adalah MINYAK!! minyak itu yang harus diisi selalu, jika habis, isi lagi, habis, kemudian isi, habis dan isi, dan begitu seterusnya. Minyak yang bagaimana kita mahu gunakan untuk menjadi pelincir pada motor??kita sendiri yang pilih. mahukan yang bagus, PETRONAS.. SHELL.. ESSO.. terpulang.. dan tempat2 untuk mengisi minyak itulah pentarbiyahan hati kita.. Sudah tentu anda mahukan minyak yang terbaik untuk motor anda, jadi bersama lah mentarbiyah hati dengan cara yang terbaik..

Sekadar perkongsian, wallahu a'lam.

kredit ilham : mohd aizuddin.
Soalan2 mengapa tidak ibarat saja kehidupan seperti kenderaan lain, kereta, kapal terbang atau sebagainya, saya hanya punya satu saja jawapan, iaitu : terserah saya!!

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 25, 2009

MEKAR MPPM

Bismillahirrrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah. .

* Iklan Program MEKAR anjuran MPPM ini adalah selepas mendapat persetujuan timbalan presiden 2 MMY berelavankan MMY adalah di bawah PERMAI, dan segala aktiviti PERMAI, adalah layak diletakkan disini.



maklumat lanjut : MEKAR MPPM JORDAN juga telah diiklankan di yahoo group PERMAI.

Memandangkan jumlah penyertaan di pihak siswi kurang mendapat sambutan (hanya 7 orang, sedang jumlah maksima yang ditetapkan adalah 15 orang), jadi tarikh akhir penyertaan telah dilanjutkan sehingga sebelum 11.59 malam, 26 Jun 2009.

Diharap siswi yang punyai waktu lapang untuk hadiri program MEKAR, dan punyai bakat, ataupun teringin, ataupun baru hendak menggilap bakat kebudayaan dalam diri, bersamalah menghidupkan suasana pertandingan dengan menyertai acara kebudayaan anjuran MEKAR ini. Jangan risau tidak punyai suara yang sedap, yang penting semangat dan kebersamaan itu!!

Ayuh, beri nama pada ketua helwi : Nor Fatihah binti Abdul Halim, 0797165362..

Bersama meningkatkan kebudayaan dan kesenian Islam..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 21, 2009

Jadilah seperti yang diimpikan!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Pesanan dari Ustaz Fared, ustaz di IKIP. Ucapan yang mungkin ditujukan pada graduan IKIP-YARMOUK sahaja, tapi manfaatnya pada saya berguna pada semua, graduan Yarmouk seluruhnya, mahasiswa2 Yarmouk, dan semua yang ingin manfaat darinya..



Semalam...student saya di Univ. Yarmouk, Jordan masing-masing senyum tak putus. Suka sangat dapat ambil sijil dalam majlis konvokesyen.Ada yang terharu...ada yang sedih ..ada yang tak tau apa nak cakap dan ada yang macam-macam lagi. Memang seronok kalau dah habis belajar ni..macam-macam kita boleh buat perancangan. Boleh kerja..boleh kawin..boleh tidur puas-puas dan macam-macam boleh.



Rupa-rupanya 4 tahun tu tidaklah lama sangat bagi orang yang tak endahkan 4 tahun tu...tapi kalau hari-hari kira bila nak sampai 4 tahun..tu yang lama tu. Esok lusa semuanya akan meninggalkan bumi Jordan yang kata mereka banyak sangat kenangan. Ada yang kata sayang nak tinggalkan Jordan...sedih nak tinggalkan Jordan ( mengada-ngada sungguh..dulu masa mula-mula sampai...banyak ngat songehnya...air tak de lah..tak seronok lah...jauh dari mak ayah lah dan lah dan lah dan lah ). Tapi bila sampai di penghujungnya...rindu lah..sedih lah dan lah dan lah dan lah.

Ada yang tanya saya...apa perasaan saya bila dapat tau mereka dah tamat belajar...saya kata biasa saja.Cuma yang saya akan terkilan dan agak sedih kalau mereka tidak jadi seperti yang mereka impikan.

Sebenarnya.... jauh di sudut hati saya ...ada perasaan gembira dan terharu dengan budak-budak ni. Mana tidaknya...sebelum masuk IKIP...saya cari mereka di sekolah-sekolah..pilih dan bila dah masuk IKIP..saya ajar..marah..nasihat...marah...nasihat..tunjuk jalan...ajar lagi...dan begitulah saya dengan mereka.Gembira sebab mereka tak marah apa yang saya buat pada mereka.Terharu sebab apa yang saya buat pada mereka dulu ...akhirnya dapat membuat mereka jadi gembira hari ini.

Tahniah buat semua.......dan bila sampai kat rumah masing-masing nanti....rehat sehari dua...lusa boleh ambil masa untuk mula memikirkan apa yang dicita-citakan sebelum ini. Bila dah ada idea apa nak buat untuk masa depan...jangan terburu-buru buat keputusan...fikir sewajarnya...buat beberapa pertimbangan...dan.........

JADILAH SEPERTI YANG DIIMPIKAN.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T

Kiriman :
Rumah kayu,
Mahasiswi Yarmouk

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.



5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

kalam wasiat timbalan presiden II MMY

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T semua..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dirafa’kan kepada tuhan pencipta alam semesta atas setiap kurniaan yang dilimpahkan kepada kita dan nikmat yang paling besar, yang masih dirasai dan utuh dikurniakan kepada kita adalah nikmat Islam dan Iman. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Segala pujian hanyalah kami sandarkan kepadaMu ya Allah. Selawat dan salam kepada junjungan yang agung, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat yang disanjungi serta para pengikutnya sehingga hari kiamat.

Warga Yarmouk sekalian,

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah untuk sesi MMY 08/09 ini kita menerima kedatangan sahabat-sahabat baru yang menjadi teman seperjuangan dalam meneruskan jihad di bumi Syam ini. Seramai 23 orang mahasiswa dan 25 orang mahasiswi baru melangkah ke Jamiah Yarmouk pada sesi kali ini. Semoga mujahadah anda semua masih kuat! Jumlah ahli MMY untuk sesi kali ini adalah berjumlah 136 orang (56 orang mahasiswa dan 80 orang mahasiswi).



Jika dibandingkan jumlah ahli pada sesi yang lepas, ternyata kita menerima penambahan yang amat memberangsangkan. Dan jumlah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Harapan dari kami, semoga jumlah ini selari dengan kualiti yang menjadi harapan dari pelbagai pihak terutamanya ibu ayah yang sentiasa mengharapkan kejayaan kita.

Ya! Berkata mengenai harapan sungguh besar tafsiran yang boleh kita buat disini. Natijahnya, semua harapan yang disandarkan kepada kita haruslah kita pikul sebagai amanah yang wajib ditunaikan. Melihat kepada para graduan pada sesi ini, seramai 43 graduan berjaya menamatkan pengajian mereka dari Universiti Yarmouk pada semester kedua sesi 08/09 ini. Alaf mabruk a’laikum!! Semoga khidmat bakti yang kalian bakal curahkan di tanah air dan yang paling penting adalah untuk Islam menjadi tunjang utama di dalam hati-hati kalian. Didoakan juga supaya jihad ini menjadi jejak langkah kepada junior yang bakal bergelar senior kelak seperti kalian.

‘PULANG SENIOR MENGELIP, TINGGAL JUNIOR MENGGILAP’

Bermula dari program Sambutan Pelajar Baru (SPB), kami memulakan perjalanan pertama kami. Seterusnya, program-program di bawah MMY dan PERMAI sendiri yang telah dan yang akan kami jalankan antara objektif lainnya adalah untuk mengukuhkan ukhwah sesama ahli, maka dengan ini tidaklah akan timbul masalah junior tak kenal senior atau senior tak amik kisah perihal junior atau seumpamanya.

وعن أبي حمزة أنس بن مالك -رضي الله عنه- خادم رسول الله -صلى الله عليه وسلم- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- أنه قال: لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحبه لنفسه رواه البخاري ومسلم.

Bermacam-macam ragam anak-anak Yarmouk dan warna-warni ini yang menghias ukhwah sepanjang kita berada disini. Ukhwah! Sesuatu yang subjektif untuk diterjemahkan namun, percayalah ianya adalah satu kemanisan yang wajib dikecapi oleh insan bernama MUSLIM. Manakan tidak, kita semua hidup dalam satu kelompok yang mana saling bergantung sesama sendiri, saling ingat mengingati dan saling mengambil berat perihal rakan-rakan kita. Kita tidak sewenang-wenangnya boleh lari dari hakikat ini kerana Adam sendiri fitrahnya memerlukan teman untuk meneruskan kehidupan dan yang paling penting untuk mencapai keredhaan-Nya.

Justeru, berbaki tidak lebih dari sebulan ini, AJK MMY memohon kemaafan dari semua andai terdapat kepincangan sepanjang kami melaksanakan tugas-tugas kami. Tidak dinafikan, keselesaan anda menjadi keutamaan kami. Namun dalam mengekalkan sesuatu kesempurnaan itu, terdapat juga rintangan yang kami tempuhi. Dan segala kecacatan terutamanya dari segi pengurusan ahli-ahli baru jutaan kemaafan kami dahulukan. Sesungguhnya semua ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kami dalam meniti kesempurnaan dalam hidup ini. Asam garam dalam kehidupan ini, kesilapan mematangkan individu namun, harus diingati jangan diulangi kesilapan yang sama!

Harapan untuk kepimpinan akan datang supaya dapat menjalankan segala amanah dengan baik dan dapat memberikan komitmen yang jitu terhadap anak-anak Yarmouk sekalian. Sebagai orang yg memimpin, ingatlah anda tidak akan lepas dari segala tohmahan dunia sebagaimana pemimpin agung kita Muhammad S.A.W sendiri lalui dalam menyampaikan dakwah islamiyah. Begitu juga peringatan bagi mereka yang dipimpin, sokonglah pemimpin anda andai benar cara dan hala tujunya. Bantu serta selalulah ingatkan mereka andai terdapat kesilapan kerana mereka juga adalah insan seperti anda.

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَرْوَزِيُّ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنَا سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ قَالَ وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ قَالَ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي مَالِ أَبِيهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Semoga segala ilmu yang kita dapat, akan dapat disampaikan kepada orang lain kerana hakikat keberkatan ilmu itu adalah apabila ianya disampaikan dan menjadi berfaedah kepada orang lain. Jaga kesihatan dimusim panas ini dan selamat kembali ke kuliah bagi yang masih meneruskan pengajian dan kepada senior yang bakal pulang ke tanah air, manfaatkan masa yang berbaki di bumi Urdun ini sebaiknya.

MMY melabuhkan tirai.

Wallahua’lam..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Hari Ramah Mesra MMY 2008/2009

Assalamualaikum..
Buat ahli MMY yang dikasihi, insyaAllah MMY akan menganjurkan majlis HARI RAMAH MESRA MMY SESI 2008/2009 dan anda semua dijemput hadir ke majlis tersebut pada:

Tarikh : 24/06/2009
Hari : Rabu malam Khamis
Masa : 8.30 - 10.30 malam
Tempat : Dewan Abu Ain


Tentatif majlis:
8.30-8.45 malam : Ketibaan warga MMY ke Dewan Abu Ain
8.45-9.00 malam : Ucapan aluan pengerusi majlis
Ucapan perasmian Presiden MMY
9.00-9.30 malam : Bacaan surah Al-Fatihah
Khatam Al-Quran dan doa selamat
9.30-
9.50 malam : Tayangan slide show program MMY sepanjang sesi 2008/2009
9.50-10.10 malam : Sesi ramah mesra dan suai kenal AMT MMY sesi 2008/2009
10.10-10.25 malam : Penyampaian hadiah bagi syabab yarmouk yang telah menamatkan
pengajian sesi 2009
10.25-10.30 malam : Jualan makanan bersubsidi

Diharap ahli MMY dapat meluangkan masa bagi menghadiri majlis penutup MMY bagi sesi 2008/2009 dan jangan lupa untuk membawa duit untuk membeli makanan.Bersama menyokong MMY
!

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 20, 2009

Syura : Hikmah Pensyariatannya dalam Dunia Politik Islam

Oleh :
Siti Nor Ahiasah binti Syafak Ahmad
Graduan Yarmouk
Jabatan Fiqh wa Usuluhu


Syura pada maksud istilah adalah mengambil pandangan atau erti kata lain berbincang atau bermesyuarat. Pensyariatan syura oleh Allah s.w.t memberi banyak impak dalam kehidupan manusia khususnya umat Islam. Pendapat yang dikeluarkan dari sekumpulan orang selepas berbincang mengikut petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah menunjukkan Syura adalah salah satu tanda kesempurnaan aqal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.


Allah mengambarkan sifat orang mu’min yang disukainya adalah mereka tidak akan membuat sesuatu keputusan dalam sesuatu perkara sehinggalah mereka duduk berbincang atau bersyura.
FirmanNya : dan bagi orang-orang yang mematuhi seruan tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.. (surah as-syura : 38)

Syura sangat mempengaruhi system pemerintahan antara Khalifah dan rakyat terutama dalam pentadbiran politik dan pelaksanaannya didalam sesebuah negara Islam. Jumhur ulama’ dan Ahli Ta’wil berselisih pendapat dalam hukmah pensyariatan Syura. Antara pendapat-pendapat mereka adalah :

Pendapat Pertama oleh Al-Hassan Al-Basri, Dhohak bin Mazahim, Abdullah bin Abbas, Sufiyan As-Sauri, Ibn Taimiah : Membantu pemerintah dalam melaksanakan dan mengaplikasikan syura dalam dunia politik.

Dari Ibn Abbas berkata : Selepas turunnya ayat surah al-Imran ayat 159, Rasulallah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih mengetahuinya(dalam perkara yang disyurakan), tetapi menjadikannya (syura) rahmat kepada umatku, sesiapa yang bermesyuarat dikalangan mereka tidak akan terpesong dari petunjuk dan sesiapa yang meninggalkannya tidak pula hilang tujuannya “

Ketika Rasulallah bermesyuarat dengan para sahabat, ia sebenarnya menunujukkan bahawa baginda mahu mengajar kepada umat yang akan datang agar bermesyuarat untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dan dapat dilaksanakan selepas itu.


Pendapat Kedua : Menghormati pandangan pimpinan dan rakyat

FirmanNya : “ Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusa itu ( urusan peperangan dan hal-hal duniawi seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain) “… (surah al-Imran :159)

Apabila pemerintah meminta pandangan pemimpin bawahannya dan rakyat kemudian bermesyuarat, ini menunujkkan kemuliaan dan ketinggian darjatnya sebagai pemerintah Negara. Secara tidak langsung, ia menunujkkan bahawa Islam tidak memandang remeh idea atau pendapat yang dikeluarkan oleh ummah kerana mustahil bagi pemerintah untuk mentadbir Negara tanpa bantuan dari oaring lain yang layak membantu pemerintah. Perbincangan yang dilakukan bersama menunjukkan kepercayaan pemerintah kepada mereka yang dipimpinan dibawahnya disamping memperoleh keputusan yang diredhoi dan dihormati oleh rakyat.


Pendapat Ketiga : Pemerintah meminta bantuan melalui pandangan rakyat

Syura adalah salah satu cara pertolongan oleh rakyat yang mana menunujukkan pandangan yang benar dan layak untuk diikuti. Selain itu, ia juga memberi ketenangan kepada pemerintah kerana melaksanakan sesuatu mengikut kehendak rakyat yang dipimpin dibawahnya dan member kekuatan kepada pemerintah dan pemimpin-pemimpin dalam mentadbir Negara.

Dengan adanya Khairul Ummah, Daulah dan Islam yang seiring dan sejalan ia dapat membentuk kehidupan politik antara umat Islam yang stabil dan sempurna.


Pendapat Keempat oleh Imam Syafei : Menimbulkan rasa redho dengan kerugian (sanggup menanggung risiko bersama-sama)

Selepas sesuatu perkara disyurakan dan Khalifah akan mengambil keputusan akhir dan dilaksanakan sepertiman yang telah duputuskan dalam majlis syura. Hasil daripada keputusan yang dibuat akan dapat dilihat setelah ia dilaksanakan.

Kadangkala, apa yang disyurakan tidaklah member impak yang positif seratus peratus, mungkin ada kesalahan atau kerugian yang diperolehi. Namun, impak negative yang diperolehi bukanlah menjadi alsan utama menyalahkan keputusan syura, sebaliknya ia mendidik umat Islam redho dan menerima segalanya denagn hati terbuka kerana ianya datang dari hasil kesepakatan bersama yang dicapai setelah bermesyuarat.


Pendapat Kelima : Dapat membezakan antara penasihat dan pembelot.

Apabila pemerintah mengambil pandangan dari ahli syura, menunjukkan ianya (pandangan) keluar daripada pemerhatian, tujuan, pemikiran dan kecenderungan mereka kerana ahli-ahli politik itu dikenali dengan cara mereka bermesyuarat. Justeru, pemerintah dapat membezakan antara mereka yang berkemampuan (dalam memimpin)atau tidak , perkara yang perlu dinasihati oleh orang Islam atau tidak dan dapat menjauhkan mereka yang berpura-pura (munafiq) yang akan membawa kepada masalah dalam Negara.

Wallahua’lam.

Rujukan : Kitab Islam wa Usul Al-Hukam oleh Dr Mahmud Khalidi – Pensyarah Sains Politik Syar’eiah di Universiti Yarmouk.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Tahniah!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..

Tahniah buat semua para graduan yarmouk yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya di bumi Jordan ini, semoga ilmu yang kalian perolehi bersama mendapat manfaat darinya. Selamat meneruskan perjuangan yang lebih berliku di hadapan sana.


'Pulang senior mengelip, tinggal junior menggilap'





Tarikh penerbangan senior2 pulang ke tanahair :
1) 30 Jun 2009 (Senior adab)
2) 13 Julai 2009 (Senior Syariah)
3) 26 Julai 2009 (Senior Iqtisod)

"Semoga Allah memudahkan urusan dan merahmati perjalanan kalian", ameen.

* Sesiapa yang mahu menyampaikan karya untuk para graduan dan ingin memuatkan didalam blog, juga boleh berbuat sedemikian.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 19, 2009

Insihab Idhafah soifi 08/09

Bismillahirrahmairrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Tarikh insihab idhafah mahasiswa Universiti Yarmouk :

klik gambar untuk imej yang lebih besar



Kuliah Adab
Tahun 1 - 23 Jun 2009, jam 2.30 pm-4.30 pm
Tahun 2 - 22 Jun 2009, jam 11.30 am-1.30pm
Tahun 3 - 21 Jun 2009, jam 8.30 am - 10.30 am

Kuliah Syariah

Tahun 1 - 23 Jun 2009, jam 8.30 am - 10.30 am
Tahun 2 - 22 Jun 2009, jam 2.30 pm-4.30 pm
Tahun 3 - 21 Jun 2009, jam 2.30 pm-4.30 pm

* Jika insihab idhafah di luar Jamiah, tarikh adalah tarikh yang sama, cuma waktu yang berlainan, bermula jam 5pm sehingga 10pm.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Satu Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ayuh sahabat2, kita renungi dan hayati lagu ini.





Bilakah lagi..
Kita semua satu hati...
Bilakah lagi...
Keamanan kan dikecapi..
Bilakah lagi...
Islam kan dijulang tinggi..
Bangunlah wahai umat kita satu hati..
Marilah bersama bersatu berjihad...(menentang kezaliman)
Oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang..
Jangan takut.. jangan takut berjuanglah untuk keamanan..


Jemaah yang pelbagai, persatuan yang bermacam-macam, bukan penyebab kita tidak bersatu hati. Jika semua persatuan punyai matlamat yang sama, hadaf yang sama, jemaah inilah yang menguatkan lagi kita untuk bersatu hati, ya kan?? kerana matlamat yang satu itu.. apa dia?? KEIZZAHAN ISLAM!! Mari bersama bersatu menegakkan DEEN yang satu, Tuhan yang satu.. Bila lagi?? Adakah sempat berbuat sesuatu untuk islam sebelum ajal tiba?? Bila lagi??

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 18, 2009

tentatif ringkas Rehlah MMY '09

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

kawasan peperangan yarmouk.

Berikut adalah tentatif ringkas program Rehlah MMY '09 yang telah diiklankan disini selang beberapa hari yang lalu.


7.00 pagi : berkumpul di hadapan Simsimah7.30 pagi : bertolak ke kawasan peperangan Yarmouk
10.30 pagi : bertolak ke Aghwar
12.00 tghari : ziarah Maqam Abu Ubaidah, makan tengahari dan solat zohor.
1.30tghari : bertolak ke Syunah Syimaliyyah
2.30ptg : menziarahi maqam 3 sahabat yang lain
4.30ptg : bertolak pulang ke Irbid


maqam Abu Ubaidah


Ayuh, bersama mengikuti rehlah ini mencuri semangat juang para syuhada' bagi mencari semangat baru di awal2 fasal soifi bakal menjelma ini. Seronok bukan apabila mempelajari sejarah dan tempat itu pula kita jejak, seolah berada di zaman itu, bersama berjuang merempuh kuffar musuh muslimin dan bersama-sama mengambil iktibar bagi sesiapa yang menginginkan.

Jadi, apa tunggu lagi??!!
Syabab boleh memberi nama kepada saudara Fadhil, graduan mahasiswa ekonomi islam, universiti Yarmouk..
Akhawat boleh memberi nama kepada Erna Madina, mahasiswi tahun 2, pengkhususan fiqh wa usuluhu, universiti Yarmouk..

Semoga perjalanan kita tidak sia2, dan redha Allah itu jualah pencarian kita.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Seuntai kata Malam 'LIPLAP-LIPLAP' 08/09

Bismillahirrahmanirrahim

Salam buat semua..

Alhamdulillah, dengan izinNya maka berakhirlah program Liplap Liplap MMY tempoh hari seperti yang telah dirancang. Jam 7.30 petang dimulakan dengan halaqah ilmu ringkas. Sebaik sahaja selesai solat maghrib berjemaah, pihak majlis memberi laluan kepada jemputan untuk membuat persiapan persembahan, pendaftaran hadiah dan beramah mesra antara satu sama lain. Turut menghadiri program – kakak-kakak Singapura, Brunei, dan wakil khirrijat JUST.

Majlis dimulakan pada jam 8.30 malam dan dipengerusikan oleh 2 orang pengerusi yang pandai mencuit hati para tetamu yang hadir. Seterusnya majlis disempurnakan dengan gema wahyu Ilahi dan Ucapan daripada Timbalan Presiden MMY sesi 2008/2009. Setelah itu, para tetamu disajikan dengan 3 buah persembahan yang sangat hebat dan luar biasa. Ramai juga ahli-ahli MMY yang berbakat besar rupanya. Tak cukup dengan choral speaking, lakonan, baca berita dan sebagainya. Tak kering gusi kami dibuatnya.

3 persembahan tersebut diselangi dengan 3 sesi cabutan bertuah dan penyerahan cenderahati kepada khirrijat Yarmouk sesi ini. Yang kurang bertuah tu jangan pula terasa hati ye. Selepas tayangan ‘semusim bersama senior’, masing-masing membetulkan tempat duduk, menatap pencalonan dan pengumuman 6 anugerah khas yang bakal disampaikan. Hampir kesemua anugerah disapu oleh khirrijat. Ternyata, memang mereka sangat hebat orangnya. Sesuailah dengan tema program - ‘Pergi Akak Mengelip, Tinggal Adik Menggilap’.

hadiah untuk cabutan bertuah


hadiah untuk senpai-senpai

Majlis diakhiri dengan makan malam berjemaah di dalam talam dan aktiviti tebus hadiah (tukar-tukar hadiah). Sesi penggambaran yang tidak disenaraiaktivitikan juga berlangsung dengan sendirinya. Ternyata semuanya terhibur dengan aktiviti pada malam tersebut.

Namun pihak pengendali program tidak menafikan adanya kelompongan yang berlaku. Tempat program yang agak sempit untuk menampung 80 orang tetamu sudah tentu memperlahankan pergerakan program. Begitu juga dengan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Maaf dipinta atas segala kekurangan.

Untuk akhirnya, seribu kali ungkapan terima kasih buat semua yang menjayakan program sama ada secara langsung atau tidak. Moga ukhuwah ini tidak terbatas di sini. Pulanglah kalian wahai para khirrijat dengan kerlipanmu, membayar kembali segunung impian dan harapan agama, ayah bonda, dan ibu pertiwi. Tinggallah kami di sini kembali menggilap bakat dan akademik demi meneruskan misi suci yang masih berbaki.


Salam dari unit gerak kerja program Liplap Liplap MMY.

Mukhlisah Mardhiah
-Unit Program-

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Sekilas Summer Memory

Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah Summer Memory anjuran MMY telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Madinah Hassan pada 13 Jun lalu. Tahniah kepada AJK2 yang telah berhempas pulas menjayakan program ini, semoga usaha ikhlas kalian itu mendapat ganjaran dari yang selayaknya memberi, Allah Subhanahu wa Taala itu..

Program ini adalah program sukaneka pada pagi hari sebelum malam itu punyai satu lagi program iaitu "Malam LIPLAP2 Siswi Yarmouk". Mulanya program sukaneka itu kurang mendapat sambutan, mungkin kerana tidak dapat mendapat gambaran awal tentang permainan2 yang akan dijalankan atau dijalankan di awal pagi dan tempat program itu jauh perlu menaiki teksi atau sebagainya kurang dikenalpasti, sehingga menimbulkan kerisauan bagi pihak AJK. Namun, sesaat seiminit berlalu, kelihatan ramai siswi yang hadir sehingga jumlah kehadiran pada pagi itu mencecah 60 orang.


Majlis bermula tepat jam 8.15 a.m. dengan ucapan pembukaan oleh pengarah sukaneka, Saudari Siti Farhana binti Jalaluddin. Kemudian diteruskan dengan acara erobik dengan diketuai oleh Sharifah, Syahida serta Shafiqah. Kemudian, program diteruskan dengan acara sukaneka Sungai asid berhalangan. Apa yang menarik disini adalah melihat semangat kesukanan dan keukhwahan serta kepintaran yang ditunjukkan oleh mahasiswi2. Bermula dari tiup belon, sehingga ke checkpoint seterusnya, sehinggalah ke checkpoint terakhir dengan merentasi beberapa kepingan kotak tanpa memijak tanah. Paling terharu adalah kumpulan 3 kerana sanggup mengendong rakannya dari mula perjalanan sehingga ke akhir perjalanan, bagai ibu dan anak. Semangan inilah yang kita mahukan, yang kita ingin semaikan dalam diri setiap mahaiswa. Bukan kerana hanya mahu mempercepatkan perjalanan ke destinasi seterusnya tapi pengorbanan dan keukhwahan itu hendaklah berterusan sehingga ke akhirnya, moga diberi izin Allah..

Kemudian semua siswi berehat dan menikmati sarapan makaroni yang disediakan oleh pihak persegaran. Semua siswi menjamah dan berkelah bersama ahli kumpulan masing-masing bagi mengeratkan ukhwah sesama mereka, yang tidak kenal mula mengenali, yang kenal mula mengerati, yang erat dipertambaheratkan lagi. Kemudian diteruskan dengan acara beregu. Pelbagai kerenah siswi membuat lagak bagi memudahkan rakan sekumpulan meneka, serta pelbagai jawapan-jawapan yang salah betulnya dari ahli kumpulan bagi mencuba nasib menjawab hasil gerakan rakannya di hadapan. Bagi mengisi masa lapang, permintaan bermain 'goreng pisang' dibuat dan telah dijalankan dikawal oleh pengarah sendiri Siti Farhana merangkap bendahari di dalam pentadbiran MMY 08/09..

Tempat pertama - kumpulan 3 (kambing)
Tempat kedua - kumpulan 2 (ayam) - diketuai kak amna,yg diminta untuk namanya dipamerkan.
Tempat ketiga - kumpulan 4 (lembu)
Tempat keempat - kumpulan 1(kucing)

Kumpulan terbaik - kumpulan 3 (kambing)

Nama2 ini adalah kerana bunyi yang diberikan oleh AJK kepada kumpulan ketika permainan Sungai Asid Berhalangan untuk ke checkpoint kedua, tanpa disangka bunyi2 itu adalah berterusan untuk menaikkan semangat ahli kumpulan seterusnya merangkap nama kumpulan.

Tahniah kepada semua siswi, tidak kira anda adalah AJK atau peserta, andalah yang telah menjayakan program ini.

*Maaf buat sementara ini belum ada gambar yang sesuai untuk diupload, jika ada yang punyai gambar yang sesuai dan mahu diletak dalam galeri MMY, bolehlah berikan ya.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Senarai kumpulan Futsal '09 terkini

Pembahagian Kumpulan bagi Sukan Futsal '09 (terkini)

Kumpulan 1 :
Ajis Ganu
Fadhil
Ammar
Pejal
Ijat
Firdaus Hadi
Yaser
Sharafie
Ajaq
Judin
Daus IKIP
Rahman
Hassan


Kumpulan 2 :

Anas
Syed
Sopi
Basyar
Fais
Syafiq Abe
Ust Din
Nik
Luqman
Afifuddin
Pa'an
Acah

Kumpulan 3 :
Daia
Amran
Syihab
Syukri
Abg Rahmat
Sahel
Amin
Ridhwan
Haziq
Pirul
Rahim
Nadzeem
Hilal

Kumpulan 4 :
Ajis Jawa
Usamah
Umeir
Baha
Zhofir
Poji
Dzhiror
Adam
Zaid Daud
Amirul Kamal
Din
Epul Shahfizan

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 16, 2009

Jadilah soleh dan solehah dahulu..

video


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu.

Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa:

“Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman.

Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah?

Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

http://puteraazhari.blogspot.com/2009/06/jadilah-soleh-dan-solehah-dahulu.html

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 15, 2009

Futsal MMY '09..

Mari pakat ramai-ramai kita g Futsal MMY '09 pada 17 Jun ini di Universiti Yarmouk tepat jam 5 petang.Jgn dtg lmbt tau..Adiah menarik menanti juara,penjaring gol terbanyak dan pemain terbaik perlawanan akhir.
Berikut adalah senarai nama team n ahli-ahlinya..mahasiswa aktif,hidup progressif.

PEMBAHAGIAN KUMPULAN BAGI SUKAN FUTSAL MMY

Kumpulan 1 :
Sopi
Zhofir
Umeir
Abg Rahmat
Syukri
Epul Shahfizan
Rahman
Hassan

Kumpulan 2 :
Ajis Ganu
Fadhil
Ammar
Firdaus Hadi
Yaser
Sharafie
Ajaq
Judin

Kumpulan 3 :
Anas
Syed
Basyar
Ust Din
Nik
Luqman
Afifuddin
Pa'an

Kumpulan 4 :
Daia
Amran
Syihab
Sahel
Amin
Ridhwan
Haziq
Pirul
Rahim

Kumpulan 5 :
Baha
Fais
Pejal
Ijat
Syafiq Abe
Nadzeem
Hilal
Acah
Daus IKIP

Kumpulan 6 :
Ajis Jawa
Usamah
Poji
Dzhiror
Adam
Zaid Daud
Amirul Kamal
Din

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 14, 2009

Rehlah MMY '09

Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikumwarahmataullah..

Buat seluruh warga MMY sekalian, insyaallah AMT (Ahli Majlis Tertinggi) MMY akan mengadakan Rehlah MMY '09 ke kawasan peperangan Yarmouk.

Mungkin sudah lama kita belajar di Jamiah yarmouk, mengenali sejarah peperangan Yarmouk sempena namanya, tapi ada sebahagian dari kita yang tidak pernah menjejak kaki ke kawasan bersejarah tersebut untuk menjejaki jejak-jejak perjuangan yang ditinggalkan kepada kita sebagai sejarah dalam perjuangan para syahid dalam peperangan tersebut..

Jadi, di kesempatan ini mari kita bersama-sama berjalan mentafsir alam berebut untuk menjejaki roh perjuangan mereka dengan mengikuti rehlah ini.. Butiran adalah seperti berikut :

Program : Rehlah MMY '09
Tarikh : 27 Jun 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Kawasan peperangan Yarmouk, serta maqam As-Syahid Abu Ubaidah, Syurhabil, Dhirar Al-Azwar dan Muadz bin Jabal.
Bayaran : JD 3

Sesiapa yang berminat, bolehlah memberi nama kepada :
Mohamad Fadhil bin Umar (syabab)
Erna Madina bt Mohd Shaher (akhawat)

Bagi yang sudah kesana, tidak mengapa kan pergi untuk kali kedua. Jika ke tempat berhibur sanggup untuk pergi berkali-kali, masakan pergi ke tempat bersejarah hanya sekali cuma.. Jika kita mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita.. Wallahu a'lam..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 12, 2009

Senarai nama kumpulan (updated)

-Updated senarai nama kumpulan, 21:59 -
(Nama yang tidak tersenarai, maklum semula kepada Siti Farhana)


Summer Memory (Program pagi - sukaneka)

Masa : 8.30
Tarikh : 13 JUN 2009 / Sabtu
Tempat : Madinah Hassan (ada perubahan bg thu kemudian)
Permainan : Senaman ringan,Regu, sungai asid berhalangan.

P/S=
1) kepada ketua kumpulan sila ambil perhatian (sediakn nama kumpulan beserta tredmark kumpulan ).
2) Sarapan pagi disediakan.
3) Semua ahli dikehendaki mem bawa air minuman sendiri
4) Kesungguhan dan kerjasama kumpulan akan dinilai.
5) Hadiah menarik menanti bagi setiap kumpulan .
6) Kepada semua ahli mmy sila tepati masa dan member kerjasama untuk kelancaran program .

Kumpulan 1
Siti Nor Ahiasah bt Shafak Ahmad
Siti Hajar bt Dahari
Arikah bt Sadon
Noor Hayati bt Ishak
Nor Saadah bt Jailani
Nurul Anis bt Ab. Ghaffar
Nurul Aiman bt Abdul Basik@Dzulkifli
Nor Badariah bt Ismail
Nur Farizah Ismail
Nurizzati bt Zaharinuddin
Nurul Nadiah bt Abu Alhadi
Nurul Husna bt Mohd Saadudin
Ifateha bt Mohd Ariff
Nurul Syazwana bt Mat Yasin
Norizan bt Zulkapli
Syarifah Nurul Nadiah bt Syed Salim (ketua)
Nor Zawani bt Mohd Juri
Sabarina bt Aziz

Kumpulan 2
Nur Aimi bt Tammizi
Humairaq bt Che Ibrahim
Khairunniswan bt Abd Halim
Siti Dalilah bt Hasan
Annis Athirah bt Ahmad Tarmidzi
Sofila bt Mat Ali
Siti Noor Bahiyaah bt Mohd Noor Zaly
Nurul Firdaus bt Rusli
Nor Suhaila bt Mohd. Ripin
Norhamizah bt Ilias
Siti Noraini bt Abdul Jabar
Nur Zakiah bt Hamzah
Nur Faizah bt Sarani
Nurul Asyikin bt Che Aziz
Khalida bt Abdul Majid
Nur Amalina bt Faisal (ketua)
Erna Madina bt Mohd Shaher
Ain Fadzreen bt Dzulkepli

Kumpulan 3
Nadia bt Ismail
Syumailah bt Kasim
Nabilah Huda bt Zaim
Shafiqah bt Saharudin
Nurul Salwani bt Mahamad Napiah
Wan Hafizah bt W.Mohamad Yusof
Nur Fatihah bt Umar
Siti Robeah bt Md. Desa
Farah Najiha bt Abu Hassan
Masitah Fatahiyah bt Mohamad Ali
Anisatul Qolbi bt Mohd Sofiyuddin
Shazwani bt Mohamad
Mardiah bt Shaharum
Natasya Shazlin bt Abdullah
Nur Zakiah bt Razali
Nur’raihan bt Zainal
Hanis Najwa bt Shaharuddin (ketua)
Norshaheera bt Mohamad Rais
Nur Fahindun bt Bambang Susilo
Siti Farhana bt Jalaluddin


Kumpulan 4
Fatimah bt Hamrie
Sharifah Mahfuzah bt Syed M. Suhaimi
Nor Azimah bt Nordin
Siti Fatimah bt Hamidon
Khairunnisa bt Bakri
Hidayah bt Abdul Majid
Nurdiana bt Abu Talib
Fareha bt Bedu
Maniszah bt Abu Samah
Ummi Syuhairah bt Abdullah
Suwaybatul Islamiyah bt Che Ibrahim
Nurul Syahida bt Ishak
Nurul Amirah bt Ihsan
Iza Nadiah bt Za’bi
Najahatusagirah bt Che Ibrahim
Nur Hafizah bt Misngadi (ketua)
Humi Hermilia bt Ibrahim
Nurul Adilah bt Ahmad
Normala Emiza bt Muhammad Suhaimi
Nur Atiqah bt Mohammad Nasir

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Ilmu atau markah??

Dari :
Ukht Nadia binti Ismail
Graduan Universiti Yarmouk
Jabatan Syariah, pengkhususan Fiqh waUsuluhu.


طلبة الشريعة : العلم أو العلامة ؟

INILAH tajuk muhadharah (lecture) umum yang pernah diadakan di Fakulti Syariah. Tetapi saya tidak berkesempatan untuk menghadirinya kerana bertembung dengan waktu kuliah. Namun tajuk perbincangannya masih saya ingat. Ingat kerana tertarik. Ingat kerana tersentak. Persoalan ini dilontarkan untuk menjana kembali fikrah penuntut ilmu agama, apakah yang lebih perlu diutamakan, ilmu atau markah? Jika ditanya kepada sesiapa pun, sudah tentu dijawab ilmu lebih utama. Ya, jawapan fitrah kita adalah ilmu. Tetapi jika dinilai betul-betul, kita akan mendapati bahawa markah lebih diutamakan oleh mahasiswa pengajian Islam secara realitinya.




Rata-rata di antara kita sentiasa berlumba-lumba untuk mengejar muaddal (pointer) yang tinggi berbanding bersaing untuk menambah serta memantapkan ilmu yang ada. Hanya mengharapkan segala yang disampaikan pensyarah di dalam kuliah dan menganggap ‘sudah cukup’. Saya pernah berhadapan dengan seorang teman yang amat kecewa apabila subjek yang digemarinya tidak mencapai sasaran yang diletakkan, sehingga menjejaskan kehidupan hariannya. Lagaknya seperti orang sakit jiwa. Murung sepanjang hari. Membisu seribu bahasa. Malah enggan menjamah sesuap nasi sehari suntuk.

Wah! Saya cukup kagum dengan orang sebegini. Saya sendiri tidak sanggup mengikat perut semata-mata kerana tidak gembira dengan keputusan peperiksaan. Dalam satu program motivasi ketika mengambil UPSR dahulu, seorang cikgu dalam salah satu slot ada berkata, “Selepas buat latihan, semak, dan kalau kamu mendapat markah penuh, belilah hadiah dan hadiahkan kepada diri kamu sendiri.” Hanya kata-kata sebegini yang pernah saya dengar. Tidak pula saya pernah dinasihatkan untuk menghukum diri jika gagal dalam mana-mana ujian melainkan kata-kata : “Takpe, cuba lagi. Masih ada masa.”


Tabiat orang kita

Sebelum pendaftaran dibuka, senarai madah (subjek) terlebih dahulu dikeluarkan beserta waktu kuliah dan nama pensyarah secara online. Menjadi tabiat pelajar Malaysia untuk bertanyakan pandangan ‘orang yang lebih berpengalaman’ (kononnya). Dan soalan yang paling popular adalah : “Doktor (pensyarah) ni syadid (strict) tak, kak?”. Kalau soalan ini hinggap pada saya, cepat saja saya menjawab, “Syadid dari segi apa – markah atau akhlaq?”. Mudah saja skema jawapan saya. Kalau markah, jawapannya OK! (walaupun bukan kesemua markah saya bertaraf cemerlang) Kalau akhlaq, baru saya akan jelaskan prinsip pensyarah mengenai bab akhlaq pelajar, khususnya pakaian. (doktor yang paling syadid bab pakaian adalah Dr Faleh, sheikh kesayangan kami yang wajahnya mirip Sheikh Ahmad Yassin).

Saya merupakan generasi pertama yang belajar di University Yarmouk dari tahun pertama setelah beberapa ketika dihentikan penghantaran pelajar ke university tertua di Jordan ini. Kami hanya berpeluang untuk menjadi junior dalam tempoh setahun sahaja. Bukan mudah untuk menjadi perintis lebih-lebih lagi di tempat orang. Ketiadaan senior mendorong kami untuk lebih berdiri dengan kaki sendiri (berdikari). Tidak ramai yang boleh kami rujuk melainkan beberapa kerat senior yang datang secara persendirian (yang kesemuanya lelaki).

Adakalanya kami juga bertanyakan pandangan mereka sebelum tiba waktu pendaftaran. Cuma bentuk soalannya berbeza. Kepada adik-adik, tukarlah soalan kalian kepada : “Doktor ni macammana ye?”. Maka penjelasan yang boleh kami berikan lebih umum, mengenai latarbelakang pengajian mereka, cara hidup dan qudwah mereka, cara penyampaian, dan sebagainya.

Malangnya, amat jarang diantara kita yang bertanyakan : “Madah ini mengenai apa? Bagaimana skop pembelajarannya?” dan soalan-soalan yang berkaitan mengenai madah tersebut. Tetapi soalan yang sering diutarakan : “Berat tak madah ni?”. Soalan subjektif ini memang sukar untuk dijawab kerana persepsi dan pandangan setiap orang berbeza. Seperti contoh, madah Ahkam Tarikat (hukum pewarisan). Menurut seorang senior madah ini berat, tetapi apabila saya sendiri mengambilnya, saya merasakan bahawa madah ini antara yang termudah (lebih-lebih lagi apabila menggunakan nombor). Tanggapan awal kadangkala berbahaya kepada si penuntut ilmu.


Kedudukan Ilmu

Lumrahnya, mereka yang menjejakkan kaki ke university bertujuan untuk menuntut ilmu baru di samping memperkasakan ilmu yang sedia ada. Namun, mentaliti mahasiswa kini agak menyedihkan. Apabila muaddal lebih diutamakan, di manakah pula kedudukan ilmu?

Allah telah memuliakan para penuntut ilmu dengan mengangkat darjat mereka.

“Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.“ (az-Zumar : 9)

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah : 11)

Sehinggakan seluruh makhluq turut sama mendoakannya.

Daripada Anas r.a : “Orang yang mempunyai ilmu dipohon ampun baginya semua benda sehingga paus di laut. (Riwayat Abu Ya’la)

Sungguh! Betapa mulia dan tingginya kedudukan ilmu, sedangkan muaddal? Allah tidak pernah menjanjikan syurga kepada mereka yang mendapat mumtaz, tetapi syurgaNya untuk mereka yang berilmu dan beramal soleh.


Matlamat menuntut ilmu

( العلم بلا عمل كالسيارة بلا ستيرينغ )
Ilmu tanpa amalan seperti kereta tanpa stereng.

Ayat sebenarnya berbeza, tetapi saya lebih suka me nyebut begini. Bukan sekadar mudah diingati, saya mengharapkan mudah diikuti.

Bayangkan kereta tanpa stereng, ibarat tiada arah tujuan bila-bila akan tersasar. Begitulah juga ilmu tanpa amal. Inilah tujuan asal ilmu dituntut. Untuk diamalkan. Semakin banyak ilmu, semakin berat tanggungjawab untuk mengamalkannya. Sebagai seorang penuntut ilmu, seharusnya kita mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Bukan seperti lalang, ditiup angin terus hilang.

Ke universiti sudah tentunya untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah ilmu apa sekali pun. Syariah. Ekonomi. Bahasa Arab. Apabila muaddal yang dikejar, sudah tentu kadangkala terpaksa mengabaikan keutamaan ilmu. Bukankah lebih baik kita bena r-benar memburu ilmu walaupun adakalanya terpaksa mengorbankan sedikit muaddal. Saya bukanlah menyeru untuk langsung tidak mementingkan prestasi muaddal, tetapi tidak ramai di antara kita yang mampu membawa kedua-duanya seiring dan sejalan. Jadi, utamakan yang lebih utama!


Tajdid niat

Sesungguhnya sifat pelupa tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke universiti, semangat masih lagi berkobar-kobar. Tetapi setelah sekian lama dalam medan perjuangan menuntut ilmu, adakalanya kita terlupa akan niat yang asal. Adakalanya tersalah niat di permulaan amal. Jadi, sekaranglah masanya untuk kita mentajdid (memperbaharui) niat mengapa menuntut ilmu. Masing-masing renung dan fikirkan niat sendiri. Adakah niat kita belajar untuk memiliki pekerjaan hebat dengan gaji yang besar, atau sekadar tradisi keluarga yang kesemuanya belajar di luar negara, atau kerana memenuhi tawaran yang diterima…dan segala faktor yang lain..ATAU kita belajar untuk beramal dengan ilmu yang diperoleh.

ILMU DIAMAL IMAN DITINGKAT - Motto sekolah rendah saya. Ringkas tapi penuh makna. Inilah tujuan menuntut ilmu. Beramal dengan ilmu untuk menambah iman dan cinta pada Rabb. Apa guna ilmu jika semakin jauh dengan Tuhan? Matlamat hidup hanya satu, MARDHATILLAH!

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 11, 2009

Doakan mereka..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Dengan namaMU ya ALLAH, yang nyawaku sentiasa didalam genggamanNYA.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin - Tahun 2 - dalam keadaan stabil.

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan - Tahun 3 - masih kurang stabil.

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir - Tahun 3 - masih kurang stabil.

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran - Tahun 3 - dalam keadaan stabil.

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli - Tahun 3 - telah kembali ke Rahmat-ALLAH.

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke Hospital Faransawi, Kasr El Ainy.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga ALLAH golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMU ya ALLAH! ALLAH lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia.

"Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman, dan masukkan kami ke dalam syurgamu dengan iman".. Ameen Ya Rabb!!

*Sumber maklumat diperolehi melalui Dr. Hafiz, Tahun 3, Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.

sumber

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 10, 2009

Summer Memory

Summer Memory (Program pagi - sukaneka)

Masa : 8.30
Tarikh : 13 JUN 2009 / Sabtu
Tempat : Madinah Hassan (ada perubahan bg thu kemudian)
Permainan : Senaman ringan,Regu, sungai asid berhalangan.

P/S=
1) kepada ketua kumpulan sila ambil perhatian (sediakn nama kumpulan beserta tredmark kumpulan ).
2) Sarapan pagi disediakan.
3) Semua ahli dikehendaki mem bawa air minuman sendiri
4) Kesungguhan dan kerjasama kumpulan akan dinilai.
5) Hadiah menarik menanti bagi setiap kumpulan .
6) Kepada semua ahli mmy sila tepati masa dan member kerjasama untuk kelancaran program .

Kumpulan 1
Siti Nor Ahiasah bt Shafak Ahmad
Siti Hajar bt Dahari
Arikah bt Sadon
Noor Hayati bt Ishak
Nor Saadah bt Jailani
Nurul Anis bt Ab. Ghaffar
Nurul Aiman bt Abdul Basik@Dzulkifli
Nor Badariah bt Ismail
Nur Farizah Ismail
Nurizzati bt Zaharinuddin
Nurul Nadiah bt Abu Alhadi
Nurul Husna bt Mohd Saadudin
Ifateha bt Mohd Ariff
Nurul Syazwana bt Mat Yasin
Norizan bt Zulkapli
Syarifah Nurul Nadiah bt Syed Salim (ketua)
Nor Zawani bt Mohd Juri

Kumpulan 2
Nur Aimi bt Tammizi
Humairaq bt Che Ibrahim
Khairunniswan bt Abd Halim
Siti Dalilah bt Hasan
Annis Athirah bt Ahmad Tarmidzi
Sofila bt Mat Ali
Siti Noor Bahiyaah bt Mohd Noor Zaly
Nurul Firdaus bt Rusli
Nor Suhaila bt Mohd. Ripin
Norhamizah bt Ilias
Siti Noraini bt Abdul Jabar
Nur Zakiah bt Hamzah
Nur Faizah bt Sarani
Nurul Asyikin bt Che Aziz
Khalida bt Abdul Majid
Nur Amalina bt Faisal (ketua)

Kumpulan 3
Nadia bt Ismail
Syumailah bt Kasim
Nabilah Huda bt Zaim
Shafiqah bt Saharudin
Nurul Salwani bt Mahamad Napiah
Wan Hafizah bt W.Mohamad Yusof
Nur Fatihah bt Umar
Siti Robeah bt Md. Desa
Farah Najiha bt Abu Hassan
Masitah Fatahiyah bt Mohamad Ali
Anisatul Qolbi bt Mohd Sofiyuddin
Shazwani bt Mohamad
Mardiah bt Shaharum
Natasya Shazlin bt Abdullah
Nur Zakiah bt Razali
Nur’raihan bt Zainal
Hanis Najwa bt Shaharuddin (ketua)


Kumpulan 4
Fatimah bt Hamrie
Sharifah Mahfuzah bt Syed M. Suhaimi
Nor Azimah bt Nordin
Siti Fatimah bt Hamidon
Khairunnisa bt Bakri
Hidayah bt Abdul Majid
Nurdiana bt Abu Talib
Fareha bt Bedu
Maniszah bt Abu Samah
Ummi Syuhairah bt Abdullah
Suwaybatul Islamiyah bt Che Ibrahim
Nurul Syahida bt Ishak
Nurul Amirah bt Ihsan
Iza Nadiah bt Za’bi
Najahatusagirah bt Che Ibrahim
Nur Hafizah bt Misngadi (ketua)

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

tema liplap-liplap

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Sekadar pemberitahuan tema Malam LIPLAP-LIPLAP Yarmouk adalah :


" PERGI AKAK MENGELIP, TINGGAL ADIK MENGGILAP "



Tema ini membawa maksud sebegini :
Graduan yang pulang membawa kejayaan itu membawa semangat baru kepada yang masih tinggal untuk meneruskan perjuangan dan tabah menghadapi ujian demi mengejar kejayaan bak kerlipan yang menyinar di hadapan.. nampak??
Pulangnya senior mengelip dengan kejayaan, dan tinggal kami disini menggilap usaha demi sebuah kejayaan..

Juga pengumuman penting kepada semua mahasiswi yang hadir, dikehendaki membawa hadiah bernilai minimum jd2 kerana akan diadakan slot tukar hadiah sesama mahasiswi pada malam itu.

* Pastikan setiap rumah sudah mendapat tentatif, jika belum, maklum segera kepada Nurul Salwani atau Siti Fatimah.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Masyarakat, kesenian dan sastera

dari muhadarah naqd hadis Dr Naief Al-Ajlouniy…..Kuliah Adab University Yarmouk

Para ahli falsafah,pemikir dan para pengkritik telah membincangkan adakah wujud hubungan antara penulisan sastera dan masyarakat?.Adakah sastera yang terhasil memberi kesan kepada masyarakat atau masyarakat yang memberi kesan kepada perkembangan penulisan sastera itu sendiri?.Maka ada pula yang berpendapat bahawa penulisan sastera itu adalah cermin kepada masyarakat yakni penceritaan mengenai apa yang ada dalam sesuatu masyarakat dari segi akhlak,kemajuan biah dan lain-lain.Dan ada pula yang berpendapat bahawa penulisan sastera itu tiada hubungan langsung dengan masyarakat sekitar kerana sastera itu adalah satu aktiviti atau gerak kerja individu yang asalnya dari diri sendiri,untuk diri sendiri,dan lebih meninggikan ketinggian kesenian didalamnya dan tiada hubung kait dengan masyarakat.Jadi bagaimana??....

Ayuh, teruskan membaca.. moga bermanfaat..



Pandangan Sastera dan Kesenian Untuk Masyarakat(Sastera VS Masyarakat)

Pendapat ini dengan mengatakan bahawa kesenian itu datangnya dari masyarakat dan untuk masyarakat.Pendapat ini mengatakan bahawa kesenian itu adalah sesuatu yang dapat membaiki masyarakat dan menyelaraskan apa yang ada dalam masyarakat dengan ketinggian budi pekerti(sesuatu yang bermanfaat).

Berasal dari zaman falsafah greek mereka adalah Socrates,Plato dan Aristotle. Socrates adalah orang pertama yang menghubungkaitkan antara kecantikan kesenian dengan ketinggian budi pekerti apabila beliau menghimpunkan antara kesenian dan manfaat yang diperolehi dan beliau mentafsirkan kecantikan dalam seni itu apabila ia dapat memberi manfaat samada secara terus atau berperingkat kepada masyarakat.

Plato dan Aristotle pula mereka telah menghubungkan antara kesenian dan hakikat (logik). Apabila disebut hakikat maka secara tidak langsung pendapat mereka telah menolak para penyair kerana para penyair tidak menggambarkan hakikat kehidupan sebenar dan lebih kepada kehidupan khayalan (terutama penyair cinta).

Dan untuk zaman yang terkehadapan sikit pendapat ini dipelopori oleh penulis Russia iaitu Leo Tolstoy yang telah berpendapat bahawa kesenian adalah sebaik-baik wasilah untuk memperkukuhkan akhlak dan mempunyai hubungan yang hebat dengan individu dalam masyarakat itu sendiri.

Antara hujah-hujah sasterawan yang berpegang dengan pendapat ini dalah:

  1. Bahawa asal kesenian itu sendiri dari masyarakat(suatu kumpulan) bukan dari individu.bagaimana?.Ini berdasarkan aktiviti kesenian yang dikatakan bermula dari qabilah-qabilah terdahulu yang mempunyai adat istiadat atau upacara perayaan yang terdapat di dalamnya nyanyian,tarian, muzik dan syair-syair.Dan berdasarkan dari sini jelaslah bahawa pada zaman dahulu telah berkumpul sesuatu jamaah/puak untuk meraikan sesuatu lantas mempraktikkan secara tidak langsung terma-terma kesenian didalamnya.
  2. Sesuatu penulisan itu tidak ditulis melainkan untuk diterima masyarakat dan supaya boleh dikongsi bersama orang lain.Dan penulis itu sendiri akan berasa susah hati jika penulisan beliau tidak mendapat pengiktirafan masyarakat sekitar.Kerana penulis menulis untuk memberi kepada masyarakat,dikritik,membaiki masyarakat itu sendiri. Amat janggal bagi seseorang penulis itu menulis tetapi tidak membenarkan orang lain untuk membacanya seperti Franz Kafka(kes terpencil) yang menulis dan membakar hasil penulisannya sebelum orang lain dapat membaca.
Akan tetapi ada yang berpendapat bahawa pendapat ini mempunyai kelemahan.Kerana jika kita meletakkan masyarakat sebagai tujuan maka para sasterawan itu sendiri berpegang pada sesuatu yang tidak tsabit atau konkrit dalam penulisan mereka.Kerana bagi mereka unsur yang ada pada masyarakat itu sentiasa berubah. Disini maka tebuktilah bahawa ikatan antara penulisan satera dan masyarakat itu diikat dengan sesuatu yang tidak tetap kerana setiap masyarakat itu mempunyai latar belakang,biah,masalah yang berbeza.Bukankah begitu??..

Hujah ini ditolak dengan satu pertanyaan : Adakah setiap unsur atau nilai dalam setiap masyarakat itu berbeza dari semua aspek?…Tidak ye kawan-kawan!!!. Kerana terdapat sebahagian unsur yang dikongsi bersama antara masyarakat diseluruh dunia.Kita mungkin boleh katakan bahawa perkara yang batil sebelum Islam itu berbeza dengan perkara batil selepas Islam,tetapi adakah kita boleh menafikan bahawa unsur budi pekerti(syakhsiah) itu berbeza?? tidak ye kawan-kawan!!..kerana manusia itu memang fitrahnya suka kepada benda kebaikan maka adakah kita boleh katakan unsur adil bagi pemimpin,kebaikan perkataan,sopan dan santun itu berbeza…semestinya tidak dan itulah yang dikongsi oleh setiap masyarakat walau dari mana asal pun masyarakat itu.

Lantas ada pula yang memperkatakan jika kita terikat dengan sesuatu ikatan seperti hubungan antara masyarakat-sastera akan memandulkan (membantutkan) perkembangan kesenian itu sendiri.Kerana apabila diikat dengan sesuatu unsur tidak dapat tidak bagi penulis itu akan berlegar sekitar unsur itu sahaja.Bagi meraka kesenian akan berkembang jika bergerak bebas dan tidak terikat dengan sesuatu unsur.

Hujah ini juga ditolak dengan alasan bahawa penulisan yang dibuat itu tidak terikat.bagaimana?...Ini kerana setiap penulis itu bebas mengkritik dan meluahkan apa yang dirasakan dan menjadi kewajipan kepada para penulis untuk menulis dengan jujur dan tidak menipu.Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya penulis yang menulis tentang hakikat kehidupan sehingga penulisan itu seperti hidup dan berjalan seperti (البلزاك) dan (البرجوازي) yang merendahkan gaya penulisannya kerana ingin menggambarkan hakikat sebenar masyarakat pada ketika itu…tidak terikat bukan??

bersambung……tajuk akan datang sastera & ketinggian kesenian…..wallahua'lam….

rujukan dari kitab : (في النقد الأدبي الحديث منطلقات وتطبيقات:الدكتور فائــق و الدكتور عبد الرضــا عليّ)

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 8, 2009

Maqasid Syariah

Dari :
Siti Nor Ahiasah binti Shafak Ahmad,
pelajar tahun akhir,
Bidang Syariah, pengkhususan Fiqh wa Usuluhu,
Universiti Yarmouk


Islam agama rahmat. Buktinya, Allah s.w.t mengutuskan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w untuk menyempurnakan kehidupan manusia serta menyeru kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Muslim yang mukallaf telah diberi taklifan melaksanakan tanggungjawab yang telah disyariatkan olehNya. Namun, sedar atau tidak, segala hukum-hakam yang telah disyariatkan adalah untuk menjauhi kerosakan atau memelihara kemaslahatan atau kedua-duanya. (درء مفاسد أو جلب مصالح)


Menurut ‘Allal al-Fasi dan doktor Wahbah Zuhaili : Maqasid Syariah adalah maksud, matlamat dan rahsia disebalik setiap hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kehidupan manusia berkaitan dengan tiga perkara.

Pertama dikenali sebagai “Daruriat” iaitu asas kehidupan manusia, jika hilang atau rosaknya keadaan ini ianya menjejaskan sistem kehidupan manusia. Terdapat 5 komponen dibawah “Daruriat”.


1) Memelihara Agama : Islam mensyariatkan Jihad untuk menjaga agama, hukuman bunuh bagi orang yang murtad, kewajipan berdakwah, menjauhi Mufti yang jahil kerana dapat merosakkan aqidah manusia

2) Memelihara Diri : Pensyariatan Qisas, menghalalkan memakan bangkai ketika darurat, mengaharuskan makan dan minum serta pensyariatan perkahwinan.

3) Memelihara Aqal : Allah mengharamkan arak dan menerangkan implikasinya pada aqal,diri dan masyarakat, bahaya merokok dan dadah, kefardhuan menuntut ilmu bagi menjauhi kejahilan.

4) Memelihara Nasab Keturunan : Memelihara institusi perkahwinan, mengharamkan zina serta menjelaskan hukumannya, tidak boleh menggugurkan kandungan tanpa sebab, menjatuhkan hukuman had kepada jenayah qazaf, mengharamkan penghinaan kepada muslim yang lain tanpa sebarang alasan munasabah.

5) Memelihara Harta : Pengharaman terhadap pembaziran, mengharamkan mengambil harta orang lain dan riba’, menjatuhkan hukuman had kepada pencuri dan perompak.


Perkara kedua dikenali sebagai “ Hajiat” iaitu kehendak yang diperlukan oleh manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih mudah dan selesa. Namun, ketiadaannya tidak menjejaskan system kehidupan manusia tetapi menyebabkan sedikit kesulitan dan kesukaran.

1) Didalam Ibadat : Islam mensyariatkan rukhsah ketika berhadapan dengan kesukaran seperti mengharuskan berbuka kepada orang yang sakit dan musafir dibulan Ramadhan, solat jama’ dan qasar jika berjalan melebihi 2 marhalah

2) Didalam Muamalat : Membolehkan jual beli berbentuk tempahan yang pada asalnya tidak dibenarkan kerana berniaga tanpa wujud barang jualan, sistem Mudhrabah dan Ijaarah (sewa).

3) Didalam Adat : Makanan,minuman,pakaian,tempat tinggal yang elok dan sempurna.

4) Didalam Jenayah : Sistem ‘Aqilah didalam pembayaran Diah(wang ganti rugi) dalam jenayah pembunuhan dimana keluarga pembunuh sebelah bapa turut membantu dalam membayar diah tersebut.


Perkara ketiga adalah “Tahsiniat” iaitu bukan keadaan darurat atau hajiat. Ia keadaan yang lebih baik, pada kebiasaannya,lebih elok,lebih mudah dengan pelbagai pilihan dan penambahan. Walaubagaimanapun, ketiadaannya tidak menjejaskan sistem kehidupan manusia atau menyebabkan kesulitan tetapi terkeluar sedikit dari norma kehidupan atau keadaan fitrah yang sempurna.

1) Didalam Ibadah : Islam menggalakan kebersihan terutama pada tubuh badan dan pakaian serta menjadikannya sebagai syarat sah solat. Menutup aurat dengan sempurna, berhias dan memakai wangian ketika ke masjid.

2) Didalam Muamalat : Mengharamkan jual beli atas jual beli orang lain, mengharamkan membunuh wanita dan kanak-kanak ketika peperangan

3) Didalam Adat : Memakai pakaian yang berwarna-warni dan pelbagai jenis, beradab ketika makan dan minum, tidak dibenarkan makan dan minum makanan yang kotor.

4) Didalam Jenayah : Wali kepada si mati memaafkan pembunuh sekaligus menggugurkan hukuman Qisas, memotong tangan pencuri sehingga putus supaya dia tidak menanggung kesakitan yang lama.


___________________________________________________________________________________
Rujukan : Kitab Maqasid Syariah Islamiah wa dirasat Usuliyah wa Tatbiqat Fiqhiah, Doktor Ziad Muhammad Ahmaidan.
: Kitab Madkhal ila Tasyri’, Doktor Abdul Karim Zaidan.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 7, 2009

Kumpulan bagi persembahan graduan Yarmouk.

Berikut adalah kumpulan bagi para graduan untuk membuat persembahan pada "Malam LIPLAP-LIPLAP Yarmouk"..


KUMPULAN 1 :

SITI NOR AHIASAH BT SHAFAK AHMAD
NUR AIMI BT TAMMIZI
SYUMAILAH BT KASIM
KHAIRUNNISA BT BAKRI
SOFILA BT MAT ALI (KETUA)
HIDAYAH BT MAJID
AIN FADZREEN BT DZULKEPLI
SITI FARHANA BT JALALUDDIN
SITI NOOR BAHIYAAH BT MOHD NOOR ZALY
NURDIANA BT ABU TALIB
NORMALA EMIZA BT MUHAMMAD SUHAIMI
FAREHA BT BEDU
NURUL FIRDAUS BT RUSLI
MIANISZAH BT ABU SAMAH
NOR SUHAILA BT RIPIN


KUMPULAN 2 :

NADIA BT ISMAIL
FATIMAH BT HAMRIE
NUR AMALINA BT FAISAL
NURUL ANIS BT AB. GHAFFAR
WAN HAFIZAH BT WAN MOHAMAD YUSOF
NURUL AIMAN BT ABDUL BASIK@DZULKIFLI
NUR FATIHAH BT UMAR
NOR BADARIAH BT ISMAIL
SITI ROBEAH BT MD. DESA
NURUL ADILAH BT AHMAD
FARAH NAJIHA BT ABU HASSAN
NURIZZATI BT ZAHARINUDDIN
NURUL NADIAH BT ABU ALHADI (KETUA)
MASITAH FATAHIYAH BT MOHAMAD ALI
NUR’RAIHAN BT ZAINAL


Diharap ahli kumpulan mengambil perhatian terhadap kumpulan masing-masing, dan diminta kepada ketua untuk berhubung dengan anak buah dan membincangkan tentang persembahan yang bakal disembahkan semasa program.

* Ternanti-nanti persembahan kenangan yang bakal disembahkan..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Majlis LIPLAP-LIPLAP Yarmouk (muslimat)

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

InsyaAllah, Majlis Mahasiswa Yarmouk (MMY) akan menganjurkan "Malam LIPLAP-LIPLAP Siswi Yarmouk 08/09". Program ini bertujuan untuk meraikan mahasiswa Yarmouk yang telah berjaya menamatkan pengajian di Jordan. Ia juga bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli MMY yang sentiasa setia bersama MMY.


Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah :
1) Sukaneka semua siswi MMY di sebelah pagi.
2) Persembahan gempak dari para graduan buat kali terakhir.
3) Persembahan siswi sebagai kenangan terakhir kepada para graduan.
4) Anugerah yang menarik buat ahli.
5) Anugerah 'liplap-liplap'.


Antara butiran adalah seperti berikut :
TARIKH : 13 Jun 2009
HARI : Sabtu
TEMPAT : Bayt Insyirah
MASA : pagi - bermula jam 8a.m. sehingga jam 11a.m.
malam - bermula jam 7p.m. sehingga jam 10p.m.

Sesiapa yang ingin menyumbang sebarang sumbangan seperti duit atau apa-apa sahaja yang diarasakan bermanfaat dan patut, bolehlah berhubung dengan :
1) Nurul Salawani bt Mahamad Napiah
2) Siti Fatimah bt Hamidon
3) Shafiqah bt Saharudin.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP