Al-Hadith

October 25, 2009

MENGAPA IBU MENANGIS

Satu ketika dahulu, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya, “ Ibu, mengapa ibu menangis? ” Ibunya menjawab, “sebab aku wanita”. “ saya tak mengerti” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluk erat. “ Nak kamu memang tak akan mengerti ” kemudian bertanya kepada ayahnya, “ ayah kenapa ibu menangis?” Si ayah menjawab, “semua wanita menangis tanpa alasan, ” hanya itu jawapan yang biasa diberikan oleh ayahnya. Lama-kelamaan si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam dia bermimpi dan mendapat petunjuk dari Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah ciptakan wanita, dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan agar bahunya mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya yang sering kali pula cercaan dari anaknya sendiri.

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan. Pantang menyerah si anak sesaat semua orang berputus asa. Wanita Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit,lelah, dan tanpa berkeluh kesah.Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih-sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa pun walaupun anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini jugalah yang memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya. Melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung bagi suaminya . Bukankah tulang rusuk suaminya yang melindungi setiap hati dan jantung wanita? Allah berikan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.

Dan akhirnya Allah berikan air mata agar dapat mencurahkan hatinya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walau hanya sekadar air mata!

-Inilah air mata kehidupan-

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

October 20, 2009

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang

a) Tatacara sebelum tidur
1. Sebelum tidur,maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah lipat
gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur,berdoa,depends on apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur,otak
akan generatekan all of our wish & InsyaAllah,kita akan work towards it (ada
semangat) di keesokan harinya.


b) Tatacara makan dan minum
1. Makan buah sebelum breakfast,lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat
pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan,vit C dari buah-buahan yang
dimakan selepas breakfast,lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching
0%.
2. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air
selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum,bagi teguk yang pertama
sahaja,biarkan air dalam mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua &
seterusnya boleh minum terus ~ sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh
kuman dalam pankreas,perut,& so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.
3. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan
sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja makan masa maghrib),sebab,bagi yang
tengah study (or anak-anak),otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu)
around 2 hours selepas makan so,if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start
study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam
saja,jadi,tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30
(orang Cina take dinner around this hour).Juga,kita tak tidur dalam kekenyangan
(yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

b) Tatacara di bilik air
1. Selepas buang air kecil,berdehem 3x ~ boleh elak daripada dapat batu karang.
2. Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila
mengiring ke kiri,perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

c) Tatacara didik anak
1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius,ajar anak (atau baby) tidur
mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih
"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan
develop excellently.
2. Bagi anak-anak yang dah azalinya active or hyper-active,kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara activenya
tindak tanduk anak (akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja &
exuberant.

d) Tatacara didik diri sendiri
1. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21+ plus hari
berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda,sesuatu amalan yang diamalkan
sekitar 21-30 hari,continuously,akan menjadi tabiat dan kalau tak,ilmu itu akan
mati.
2. Buang segala rasa hasad dengki,dendam & lain-lain yang -ve ~ emosi-emosi ini
akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana
boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua
sebelum waktunya), selalu sakit perut & sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita"
Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri
& family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya.Jadi marilah kita
saling ingat mengingati.......
Wallahu A'lam..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP