Al-Hadith

July 29, 2009

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku!!

Oleh :
Hilal Asyraf
Mahasiswa Tahun 1,
Usuluddin, Universiti Yarmouk



Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.

“Ini fitrah la bro, fitrah”

Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.

Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?

Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.

Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.

Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”

Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.

“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”

Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.

Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?

“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.

Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?

“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.

Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.

Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.

Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.

Hentikanlah.

Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.

Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”

Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”

Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.

Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?

Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.

Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.

Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.

Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.

Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.

Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.

Ps: mungkin ada perempuan yang nak kongsi betapa dia tidak suka dikacau-kacau lelaki, mungkin ada ibu bapa nak kongsi betapa hatinya tidak senang anak perempuannya dikacau-kacau orang atau anak lelakinya menjadi pengacau, mungkin ada lelaki yang nak bagi nasihat kepada dirinya dan lelaki-lelaki lain, maka dipersilakan dengan penuh kehormatan.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 25, 2009

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..

Maksud Firman Allah SWT

Iaitu orang2 yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang2 yang mendapat petunjuk


al Baqarah : 156 - 157

Al-Fatihah buat ibu sahabat kita, Faizal yang telah dijemput ilahi pada 25 Julai, sesudah selesainya solat subuh.Innalillahi wa inna ilaihi roojiun. Ibunya berusia 65 tahun dengan tiba-tiba sesak nafas lalu menghembuskan nafas terakhir. Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman.. AL-FATIHAH!!

Kematian itu tidak mengenal usia, tempat dan tidak memilih sesiapa. Kematian itu adalah suatu yang pasti, dan pasti kita akan menemuinya. Keadaan yang bagaimanakah kita akan dijemput menemui ilahi??

“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan akan disempurnakan balasan kamu di hari kiamat, barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”

Surah Ali-Imran ayat 185.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 24, 2009

kalian pergi jua




Semoga Allah merahmati perjalanan kalian serta dipermudahkan urusan. Tinggalkan yang pahit itu disini, dan pulanglah dengan kemanisan yang terpalit dan terpahat di sanubari sebagai kenangan terindah..

Jadilah sebahagian dari bintang yang menyinar untuk masyarakat kelak, ameen! Maafkan segala kesilapan dan halalkan segala yang terkurang. Terima kasih di atas perkenalan ini.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu
Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban da'wahMu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang benar
Penuhilah hati-hati ini dengan cahayaMu
yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu
dan keindahan bertawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati kami dengan ma’rifat padaMu
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong..

Amin Ya Robbal 'Alamin


p/s : Senior iqtisod akan berangkat pulang ke Malaysia pada 26 Julai, 2 a.m.

Bagi akhawat PERMAI yang nak dtg wida'..bolehlah datang selepas asar di bayt Andaleep (depan simsimah) ye..
Bagi pihak syabab pula, wida' di rumah mereka (imarah azhar jannah)..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Syaaban kini, dan ramadhan menanti.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allahumma baariknaa fi rajaba wa syaabana, wa ballighnaa ramadhaan, ameen ya Allah!!
Moga kita semua sempat menemui ramadhan tahun ini.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Semarakkan bulan syaaban ini, jangan biar ia berlalu begitu sahaja! Bulan syaaban adalah bulan pengecas ibadah untuk kita samoai ke bukan ramadhan, bulan menggandakan ibadah..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

berita

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualikumwarahmatulah.

Sama-samalah kita mengambil ibrah dari kejadian yang menimpa keluarga 2 orang sahabat kita :


1) Abdul Rahman bin Shaary

Rumah yang diduduki keluarganya di Malaysia telah mengalami kebakaran. Kebakaran yang melibatkan 3 buah rumah itu dioercayai bermula dari rumah tengah yang dimaklumkan terlupa akan air yang dimasak di dapur, lantas meletup dan berlaku kebakaran, serta merebak ke rumah kiri dan kanan termasuklah rumah sahabat kita, Abdul Rahman. Dimaklumkan bahawa keluarganya tidak dapat menyelamatkan sebarang keperluan cuma adiknya sahaja yang sempat menyelamatkan buku UPSR (Ujian Penilaian Sekolah REndah) kerana akan menghadapi peperiksaan besar itu tidak lama lagi. Alhamdulillah ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun kematian, cuma harta yang langsung tidak dapat diselamatkan.


2) Ustaz A. Mohd Rahmat bin Abdul Haliff

Ayah Ustaz Rahmat telah dijemput ilahi, telah habis taklifannya di dunia ini pada 15 Julai 2009, akibat serangan jantung. Moga2 ditempatkan di kalangan orang soleh, Ameen..

" لا يكلف الله نفسا الا وسعها"

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 22, 2009

Mengambil manfaat daripada arak??

Dari :
Ustaz fakhrurrazi,
Mahasiswa universiti Yarmouk

Arak telah disepakati akan keharamannya di sisi Islam. Perkara ini telah menjadi ijma’ di kalangan ulama dan umat Islam.


يـا أيها الذين آمنوا إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون

“Wahai orang-orang yang beriman hanya sesungguhnya arak, judi, berhala dan menilik adalah kotor (dan keji) daripada amalan syaitan maka hendaklah kamu jauhinya moga-moga kamu menjadi orang yang berjaya”

[ al-Maaidah: 90]

Para ulama’ tidak sepakat di dalam menghuraikan maksud ( رجس ). Ada di antaranya yang menyatakan bahawa lafaz ini membawa maksud najis hakiki yang sekiranya terkena pada badan dan selainnya maka hendaklah ia dibasuh. Manakala sebahagiannya yang lain menyatakan bahawa ia adalah najis maknawi iaitu ianya sesuatu yang keji dan perlu di jauhi.

ADAKAH ARAK NAJIS HAKIKI ATAU MAKNAWI

Secara ringkasnya, telah sepakat di kalangan jumhur fuqaha’ bahkan disepakati di dalam mazhab yang empat bahawa kenajisan arak adalah najis hakiki. Cuma segelintir sahaja di kalangan ulama’ yang menghukumkannya sebagai najis maknawi seperti Rabi’ah ( tok guru Imam Malik) al-Muzani as-Syafi’e, al-Laith bin Sa’ad, dan lainnya di samping keharaman meminumnya. Manakala Sa’id al-Haddad yang berfatwa akan kesuciannya berhujahkan bahawa para sahabat pernah menghempas botol-botol arak ke bumi di jalanan Madinah setelah turun ayat menyatakan akan keharamannya kerana sekiranya arak itu najis, nescaya Nabi saw akan melarang para sahabat daripada berbuat demikain kerana akan mengotorkan jalan-jalan di Madinah.

Perkara ini dihujah balas oleh al-Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkara tersebut dilakukan oleh para sahabat kerana ketika itu tidak ada terusan yang dikorek yang membolehkan mereka berbuat demikian dan membawa kesemua arak keluar Madinah adalah suatu kerja yang sukar dan menyusahkan.

KESEMUA YANG MEMABUKKAN ADALAH ARAK


Arak di dalam bahasa arab disebut sebagai khamar (خمر ). Definisi khamar dari segi bahasa ialah menutup sesuatu. Maka dinamakan khamar kerana ia menutup aqal yang sihat. Al-Imam ad-Dzahabi di dalam “Kitabul Kabair” menyatakan;

والخمر ما خامر العقل ، أي غطاه ، سواء كان رطبا أو يابسا أو مأكولا أو مشروبا

“Dan khamar itu ialah apa yang memasuki aqal, iaitu menutupnya, sama ada basah atau kering, yang dimakan atau yang diminum"


Arak dari segi definisi syara’ pula ialah nama bagi setiap benda yang memabukkan. Hadith Nabi saw;

كل مسكر خمر ، وكل خمر حـــــــــــــــــرام

“Semua yang memabukkan itu adalah arak, dan semua arak itu adalah haram”


[Riwayat Imam Muslim]

Ramai di kalangan ulama’ yang menjadikan hujah dengan hadith ini menyatakan bahawa setiap yang memabukkan, tak kira apa pun namanya maka ia adalah arak. Tak kira sama ada yang mengandungi alcohol atau tidak. Asal sahaja ia memabukkan maka ia adalah arak.

Hadith Nabi saw lainnya;

كل ما أسكر كثيره فقليله حـــرام

“Setiap yang memabukkan dengan jumlahnya yang banyak, maka yang sedikit daripadanya juga adalah haram”


[Diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi]

Daripada kedua-dua hadith ini dapatlah kita nyatakan illah atau sebab kepada haramnya arak ialah mabuk. Maka setiap yang memabukkan tak kira apa jua nama atau jenisnya, beralkohol ataupun tidak, minuman atau makanan maka ia adalah haram di sisi syara’.

MENGAMBIL MANFAAT DARIPADA ALKOHOL SELAIN ARAK


Telah dinyatakan bahawa arak adalah haram tidak kira atas alasan apa sekalipun waima atas alasan perubatan. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi saw;

إنه ليس بدواء ، ولكنه داء

“Sesungguhnya ia (arak) bukanlah ubat, bahkan (pembawa) penyakit”


[Riwayat Imam Muslim]

Sabda baginda saw lagi;


إن الله لم يجعل شفائكم في حرام

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar bagimu pada apa yang diharamkan”


[Riwayat Ibn Hibban]

Tetapi bagaimana pula dengan alcohol? Adakah arak itu alcohol dan alcohol itu arak? Atau alcohol yang wujud dalam arak berbeza dengan alcohol yang wujud dalam benda selainnya?

Perkara ini banyak dipersoal masyarakat. Aku cuba membelek beberapa kitab-kitab fatwa yang ada untuk mencari jawapan.
Secara umumnya alcohol terbahagi kepada dua jenis. Pertama yang dinamakan ethanol dan kedua dinamakan methanol . Untuk mendapat kepastian aku bertanya dengan sahabatku Dr Aizat Amiruddin yang mengambil jurusan perubatan di JUST tentang kandungan alcohol di dalam arak dan alcohol yang wujud di dalam ubat-ubatan. Beliau menyatakan bahawa 80% alcohol yang ada di dalam ubat adalah alcohol yang sama wujud di dalam arak (ethanol) tapi kepekatannya berbeza-beza mengikut jenis ubat. Pada peringkat mulanya aku membuat kesimpulan peribadi untuk menyatakan keharusan menggunakan ubat-ubat yang mengandungi alcohol sebelum maklumat berharga yang aku peroleh ini sampai ke pengetahuanku. Tapi aku “taraddud” setelah maklumat ini aku terima. Kerana awalnya aku menyangka semua alcohol yang terkandung di dalam ubat 100% berbeza dengan alcohol yang wujud dalam arak. Lalu aku kembali membelek fatwa-fatwa di kalangan ulama’ semasa berkenaan perkara ini secara perlahan-lahan. Satu demi satu aku baca bahkan kadang-kadang aku ulang berkali-kali ayat yang sama untuk menyakinkan apa yang aku baca.

Para ulama’ Syafi’eyyah menayatakan bahawa sekiranya alcohol yang memabukkan itu (ethanol, atau dalam bahasa mudahnya arak) dengan tujuan perubatan dicampur dengan bahan-bahan yang lain sehingga menyebabkan berlakunya istihlak ( استهلاك ) iaitu hilangnya unsur-unsur arak itu maka ianya dibolehkan syara’ untuk digunakan dengan syarat;

1. Setelah mendapat nasihat daripada doctor muslim yang adil

2. Tiada alternative

3. Kandungan yang terlalu sedikit dan tidak memabukkan

Oleh yang demikian aku mengira, inilah juga hasil daripada istinbat hukum yang diberikan oleh Dr. Sa’id Ramadhan al-Buthi apabila beliau menyatakan tentang haramnya ubat yang mengandungi alcohol sekiranya memabukkan dan sekiranya tidak memabukkan kerana kandungan yang sedikit dan darurat maka ia dimaafkan

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pula berfatwa bahawa sekiranya alcohol yang memabukkan itu bercampur dengan minuman atau sebagainya dengan nisbah 5:1000 iaitu 0.05% atau dengan kata lain jumlah yang terlalu sedikit maka ia harus digunakan kerana jumlah yang sedikit itu tidak memberi kesan perubahan dengan syarat alcohol yang wujud itu berlaku dengan kaedah semula jadi dalam bahan tersebut dan bukan dicampur dengan sengaja.

Manakala alcohol yang wujud dalam minyak wangi juga berlaku khilaf akan keharusan menggunanya kerana mungkin maklumat yang sampai kepada para ulama’ berdasarkan teknologi sains kimia dizaman masing-masing.

Mengikut Dr Ali Jumu’ah, beliau menyatakan secara agak terperinci bahawa alcohol terbahagi kepada 16 jenis yang mana tidak semuanya memabukkan. Dan bagi kategori ethanol (yang memabukkan) termasuk di bawahnya dua keadaan;

1. Digunakan dengan tujuan untuk memabukkan seperti arak maka ia adalah haram.

2. Digunakan bukan dengan tujuan untuk memabukkan seperti minyak wangi, iodine yang digunakan sebagai penyah jangkitan dan sebagainya. Bagi keadaan ini para ulama’ Hanafiyyah kesemuanya menyatakan akan keharusan menggunakannya, bahkan tidak dikira najis sekira inilah tujuannya.

KESIMPULAN

Isu-isu sebegini menunujukkan kepada kita bahawa para ulama’ itu tidak seharusnya berdiri sendiri dalam menyatakan hukum syar’iat dan para pakar dalam pengkhususan masing-masing seperti doctor perubatan misalnya juga tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga membelakangkan kehendak syari’at. Maha benarlah perintah Allah Ta’ala;

فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

“Maka bertanyalah kamu kepada yang pakar sekiranya kamu tidak tahu”


[Surah an-Nahl: 43]

Wallahua’lam

p/s: kalau batuk mak aku suruh makan madu perah limau..takde madu kicap pun boleh.walaupun bid’ah dalam perubatan tapi insyaAllah mujarab punya…serius, aku tak tipu ni…

Rujukan

[1] Sohih Muslim bi syarah al-nawawi

[2] Sohih Ibn Hibban

[3] al-Mufassol fi ahkam al-mar’ah wal baitil muslim; Dr Abd Karim Zaidan

[4] al-Halal wal haram fil Islam; Dr Yusuf al-Qaradhawi

[5] al-Intifa’ bil a’yan al-muharromah; Jumanah Muhammad Abd Razzak

[6] Fatawa asriyyah; Dr Ali Jumu’ah

[7] Fatawa Syar’iah; Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris

[8] Mausu’ah feqhiyyah kuwaitiyyah

[9] Kitab al-kabair; al-Imam ad-Dzahabi

[10] Ma'a an-naas: musyawwarat wa fatawa; Dr Sa'id Ramadhan al-Buthi

[11]http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5881&version=1&template_id=130&parent_id=17

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 21, 2009

kenangan bersama.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Apabila bicara tentang MMY, tahukah kalian MMY itu berada dimana?? Jawapan tidak lain tidak bukan sudah tentu 'MMY itu berada di hati'!!..

Sahabat2, teruskan perjuangan!! Pedulikan apa orang kata tentang usaha dan sumbangan kita. kerana manusia itu seringkali bicara tentang hasil, tetapi yang pandang usaha itu siapa?? Allah yang satu itu!! Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaanNya!!..


kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

wallahu a'lam.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 20, 2009

rahmat disebalik dugaan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Seperti semua sedia maklum kita baru sahaja mendengar berita tentang musibha yang melanda keluarga sahabat kita, keluarganya yang menjadi mangsa kebakaran dan kini hanya sehelai sepinggang sahaja. Mendapat berita itu, terus sahaja mulut ini terkumit mengucapkan lafaz2 ilahi yang sesuai denganNya. Allah itu yang maha memberi rezeki, dan dengan kekuasaanya juga kesemua akan dikembalikan.. "Innalillahi wa Inna ilaihi Roji'un"

Saya tidak mahu mengetahui ahli keluarga siapakah itu, bagaimana berlaku, dimana, punca dan sebagainya.Yang hanya saya dimaklumkan cuma pelajar tersebut adalah mahasiswa tahun 1, menuntut di Universiti Yarmouk. Cukuplah dengan peristiwa tersebut menjadi pengajaran serta peringatan kepada kita. Jadi, izinkan saya berkongsi sesuatu yang saya kira manfaatnya dapat kita kongsi bersama.


Maksud Firman Allah SWT

Iaitu orang2 yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang2 yang mendapat petunjuk


al Baqarah : 156 - 157

Izinkan kalam ana berbicara...insyaAllah...

Dunia, suatu destinasi indah, indah dengan nikmat dan rahmatNya. Ramai sekali yang betul2 menghayati keindahan dunia dengan se'optimum' mungkin. Kenapa tidak mahu menikmati keindahan dunia sedangkan ia memang disediakan untuk kita menikmatinya?...sedar atau tidak, CARA menikmati itu yang berbeza beza mengikut rentak dan personaliti diri, cara yang haq kah?...atau cara yang batil?...ana tinggalkan persoalan itu.

Dengan nikmat dan rahmat dariNya yang melimpah ruah, adakala membuat manusia alpa, yang ujian dan dugaan dariNya juga pasti tiba. Perlu kita sedar, sedarlah se awal mungkin akan hakikat ini agar tidak tersentak dikemudian hari. Pastinya dengan persedian itu akan membuat kita lebih memahami konsep musibah, ujian dan dugaan ini.

Tiada siapa yang mampu lari dari hakikat ini, ana sendiri, pastinya...PASTI!...
kesedian itulah yang akan membantu kita, insyaAllah. Ramai dikalangan kita bila ditimpa musibah, akan merasakan bahawa merekalah yang paling malang, paling berdukacita dan bila ditanya dan dinasihati, jawapannya.."kamu tak rasa apa yang aku rasa"...itulah jawapan kebiasaan yang kita dengar...ialah...dia saja yang faham.

Biarlah jika dia seorang saja yang rasa...ana tak mahu memanjangkan soal itu. Apa yang ana mahu cetuskan adalah kesedian menghadapi musibah. Kuatkan iman dan teguhkannya, yakinlah apa yang datang itu adalah peringatan dariNya. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

"Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya"
HR Bukhari & Muslim

Redhalah dengan musibah yang mendatang, hargainya sebagai tarbiyah dari Allah dan berusalah kearah yang lebih baik kerana itulah yang sepatutnya bagi setiap dari kita, bukan mengeluh sehari hari, berputus asa, dan membuang masa...ya Allah...permudahkanlah urusan kami!

Pastinya setiap dugaan yang mendatangi diri disertai dengan hikmah dan rahmat dariNya, cuma ada yang dapat melihat hikmah dan rahmat itu sedangkan ada pula yang tidak berkemampuan melihatnya dengan jelas bahkan tidak nampak langsung!. Bagaimana untuk melihat semua itu?...lihatlah dengan mata hati, ramai yang hanya mengunakan mata zahir yang dua itu, tapi tidak ramai yang mahu melihat dengan mata hati kurniaan ilahi.

Gunakanlah mata hati kurniaan Yang Maha Kuasa itu, lihatlah sedalam dalamnya kedalam diri, tadabbur segala musibah yang berlaku, puncakkan semaksima mungkin pengertian diri, teruskan...teruskan...dan teruskan...pastinya kita akan dapat melihat keindahan disebalik kegusaran...insyaAllah

Bila menceritakan soal musibah pastinya banyak kisah2 tauladan yang boleh kita jadikan tauladan, antara mahu atau tidak sahaja. Satu darinya, ingatkah dengan kisah Ummu salamah yang terlalu bersedih hati dengan kematian Abu Salamah, merasakan itu puncak kesedihannnya...hinggalah suatu ketika dia sedar dari kesedihan itu dan mula bertanya siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah. Akhirnya apa yang Ummu Salamah dapat?...Rasulullah SAW sendiri datang meminang, dan apa lagi yang lebih bahagia ketika itu?...subhanallah!

Janganlah terlalu melayani kehendak sedih itu, tapi cubalah bermujahadah mengingatkan akan hikmahnya...insyaAllah
Abdul Aziz bin Abu Rowwad pernah berkata ada 3 perkara yang menjadi gudang2 syurga iaitu :

1. Menyembunyikan perasaan duka ketika ditimpa musibah
2. Menyembunyikan penyakit
3. Menyembunyikan sedekah


Sebahagian ulama' salaf pula pernah berkata ada 3 perkara yang dengannya akan diuji akal manusia :

1. Dengan harta yang melimpah ruah
2. Dengan diturunkan musibah
3. Dengan pangkat dan kekuasaan


Setiap kali ditimpa musibah, janganlah mengeluh ngeluh tetapi ucapkanlah istirja', sesuai dengan hadith Rasulullah SAW yang maksudnya :

" Barangsiapa yang pernah ditinpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu serta memperbaharui ucapan istirja itu walaupun telah berlalu masanya, maka Allah akan mengurniakan pahala kepadanya sebesar pahala disaat ia ditimpa musibah saat itu"

HR Ibnu Majah

* Hanya sebagai ingatan, istirja' itu adalah innalillahi wainnailaihi roji'un

Ketahuilah besarnya rahmat disebalik dugaan, jangan pula dijadikan alasan untuk berputus asa, tetapi jadikan ia sebagai satu batu loncatan untuk menempuh kejayaan, sudah biasa kita dengar bukan, setiap kegagalan itu adalah permulaan bagi kejayaan, insyaAllah. Dan jangan pula kita terlalu terbuai dengan kenikmatan dunia, ingatlah firmah Allah " Qul mataa'uddunya qalilun " dari surah an nisa'...katakanlah kesenangan dunia ini hanya sebentar. Wallahua'alam

sumber

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Israk mikraj- kesedaran agung!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

18 Julai 2009, alhamdulillah telah berlangsungnya Mesyuarat Agung kali ke7 Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), Jordan. Semoga saf pimpinan yang baru ini bakal menggegarkan dan lebih melicinkan pentadbiran PERMAI yang saya kira sangat berpuas hati pada tahun ini. Kepada saf pimpinan yang baru, tahniah diucapkan, kalian adalah orang yang beruntung dan berkhidmatlah sehabisnya. Sesungguhnya sekecil2 amanah itu pn akan disoal di akhirat kelak!! semoga dimudahkan segala urusan di dunia ini juga di akhirat, amin..

Ketika mana kalian memikul satu bebanan yang baru, yang lebih berat barangkali dengan jumlah warga PERMAI yang bakal meningkat ke angka 600, ayuh kita mengembara hati dan ingatan kita pada sejarah yang tercatat 1430 tahun yang lalu. Apakah peristiwa itu?? Itulah peristiwa Israk dan Mikraj.

Ayuh, kita telusuri satu2 kalimah itu dulu ya!

Israk - Suatu perjalanan di malam hari (disebut dalam sirah 2/3 malam), yang Allah perlakukan kepada Rasulullah SAW dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dengan menaiki Buraq.

Mikraj - Lawatan secara berperingkat ekoran dari peristiwa israk, bermula dari Baitul Maqdis ke lapisan2 langit seterusnya ke langit yang tertinggi iaitu 'Sidratul Muntaha'.

Banyak yang kita peroleh jika dikaji diselidiki peristiwa israk mikraj ini. Tidaklah pula saya ini pakar dalam bidang sejarah nabi, namun mahu saya kongsikan dua perkara besar yang sangat penting dalam kehidupan, yang sangat masyhur, dan terdapat dalam peristiwa ini.. Itu adalah, PALESTIN dan DAKWAH!! dan semestinya solat itu juga, tapi tidak perlu kiranya saya menyentuh perihal solat itu, yang saya kira kalian sudah tentunya hadam tentang solat itu!!

PALESTIN!!
Ya, Palestin. Palestin adalah tempatnya dimana Rasul dinaikkan ke langit, dengan menaiki Buraq. Buraq ini, didalam suatu penceritaan, ia adalah seekor binatang syurga yang sentiasa sedih. Dan ia akan terbang sekiranya nabi yang menunggangnya. Jadi, ketika mana Allah telah memilih haiwan itu yang bakal jadi tunggangan nabi, maka ia gembira, dan sudi sangat untuk membawa Rasul jumjungan kita mengembara ke langit, dengan kelajuannya yang tiada tolok banding. Tiada alatan yang kelajuannya setara dengannya, roket atau apa2 pun, tidak akan sama!!
(Ini hanya penceritaan, hadith mengenainya tidak pula ditemui, jika ada sesiapa yang mengetahui lebih tepat tentang cerita ini, harap boleh dikongsi)

Palestin itu milik kita, milik umat islam!! Ramai nabi pernah mendiami kota ini, antaranya nabi Ibrahim A.S., Nabi HArun A.s, nabi Yahya A.S dan ramai lagi, dan mereka semua membawa panji dustur yang sahih dari ilahi, namun telah dipesongkan oleh tangan2 kristian dan yahudi.. Disini Rasulullah mengimami solat untuk kesemua para rasul, dan disini juga tempat kritian membawa ajaran sesat berdusturkan syaitan laknatullah!!

Dan kini, saudara2 kita disana, ditindas dibunuh dihempas, kemelutan yang tidak tahu bila akhirnya, dimana penghujungnya. Tempat termulia umat islam, kini berpercikan darah umat islam, dilolong suara jeritan umat islam, teriakan kepayahan umat islam. Malu bukan rasanya hendak bertemu Rasulullah, dalam keadaan tanah suci itu menjadi tempat penumpahan darah!!

Kedua, tentang DAKWAH!!
Lihat saja bagaimana sekembalinya nabi ke bumi, menceritakan tentang perkara ghaib itu, hanya segelintir sahaja yang menerima, lantas berhijrah ke Taif berpendapat disana mudah untuk berdakwah. Dan ternyata sangkaan itu hanya sangkaan semata. Setibanya disana, baginda dibaling dengan batu, sehinggakan luntur sedikit semangat para pendakwah ketika ini. Namun dikuatkan dengan janji2 Allah, dan mereka tetap meneruskan dakwah dan istiqamah pada jalan Allah!!

Lihatlah bagaimana Rasulullah dan para sahabat berjuang habis-habisan untuk berdakwah demi menegakkn agama islam yang nyata sempurna ini. Kita pula??Apakah sumbangan kita terhadap islam kini??

Kita hanya akan mendapatkan semula tanah Al-Quds itu dengan satu cara, iaitu dengan menyelami dan mengemalkan konsep "kehambaan kepada Allah", dan bukan menjadi hamba nafsu, hamba wang, hamba harta, yang akhirnya harta2 dunia itu yang memakan islam. Masakn tidak, lihat saja gerakan yang kononnya dahulu berjuang mempertahankan palestin, tapi kini, menjadi hamba Amerika Syarikat pula, semua demi harta dan kepentingan sendiri..

Moga bersama mengambil iktibar dari peristiwa israk mikraj ini. Jadikan malam ini, malam titik tolak kita bermuhasabah untuk lebih mengenali dan menyayangi islam!! semoga bersama dapat memacukan gerakan dakwah islam agar kehangtannya masih lagi dapat dirasai..

Sekian sahaja dulu buat masa ini. Moga2 bersama mendapat manfaat!!
Sahabat2, jangan lupa ya, program Palestin kita, 23 julai di dewan abu ain.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 19, 2009

sanakhudu

Bismillah..
Ayuh perdengar lagu ini..

سنخوض معاركنا معهم وسنمضي جموعا نردعهم
ونعيد الحق المغتصب وبكل القوة ندفعهم

بسلاح الحق البتار سنحرر أرض الأحرار
ونعيد الطهر إلى القدس من بعد الذلّ و ذا العار

و سنمضي ندك معاقلهم بدوىّ دامٍ يقلقهم
وسنمحو العار بأيدينا وبكل القوة نردعهم

لن نرضى بجزءٍ محتلّ لن نترك شبرا للذل
ستمور الأرض و تحرقهم في الأرض براكين تغلي




Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Anugerah bersama UJIAN!!

Dari :
Nur Atiqah binti Mohd Nasir
Mahasiswi tahun 3, bahasa arab,
Universiti Yarmouk..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,walhamdulillah...dan sentiasa bersyukur kerana masih dberi nkmat untuk melihat,menaip dan mneruskan berjuang sebagai seorag da'ie..insyaAllah..

Apa yang nak share kali ni adalah tentang diri anda,kamu,saya,aku..antum,antunna semua.. Tentang apa??pasti anda mengalaminya kan? Jika tak, got something wrong tuh.. U.J.I.A.N.. Ya!! Itulah yang dinamakan mehnah..setiap manusia ada ujian dan dugaan mereka yang hanya Allah tahu kemampuan hambaNya..


1) UJIAN SEBAGAI PRASYARAT KEIMANAN


"Alif Lam Miiim.Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja)mengatakan: Kami telah beriman," sedang mereka belum diuji?
{al-ankabut:1-2}

Al-imam Asy syaukani mentafsirkan ayat ini menyebutkan: "setiap manusia pasti akan diuji sehingga terang nyata perbezaan diantara orang2 yang ikhlas dengan orang2 yang munafiq,antara orang2 yang benar dan berdusta.."(fathul Qadeer)

Orang2 yang ikhlas dan benar2 beriman pastilah akan bersabardengan ujian itu,dan menerimanya dengan hati yang tenang..lalu,terbuktilah keimanan mereka..Namun,bagi golongan munafiq ujian adalah satu bebanan yang menyusahkanyang boleh menyebabkan mereka menyumpah2 dalam hati..Koreksilah diri kita,,dimana kita..


2) UJIAN SEBAGAI JALAN JIHAD,SUMBER PAHALA&TARBIYYAH KESABARAN

" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan..Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar..iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan "inna lillaahi wa innailaihi raji'un{al-baqarah:155-156}

Disini kita dapat simpulkan beberapa intipati dalam ayat ini..iaitu:

*Ujian sebagai tarbiyyah agar manusia bersabar
*Merupakan sumber pahala bagi orang2 yang sabar
*Ujian sebagai satu peluang jihad yang dikurniakan Allah..


3) UJIAN SEBAGAI PERINGATAN AGAR MANUSIA KEMBALI PADA ALLAH

"....dan kami uji mereka dengan(nikmat)yang baik2 dan (bencana)yang buruk2 ,agar mereka kembali (kepada kebenaran)
{al-A'raaf :168}

Ujian Allah jika kita lihat bukan sekadar kesusahan,akan tetapi juga nikmat dan ketenangan.apakah manusia itu bersyukur dengan nikmat itu atau tidak??Ayat ini juga menggambarkan betapa Maha Pengasihnya Allah..manusia kadang2 lupa,leka..tetapi,Allah masih sayang pada hambaNya dengan cara uijan agar manusia kembali pada firah asalnya..setiap manusia fitrah dilahirkan baik..jadi,apabila terpesong sedarlah hidayah dariNya datang pelbagai bentuk..genggamlah ia sebelum ia terlepas dan tidak akan kembali lagi..bertaubatlah,kerana sudah pasti tidak akan tertanggung azab diakhirat kelak..sedangkan ujian yang sedikit pun terasa susah..apatah lagi di akhirat nanti..


4) UJIAN SEBAGAI PENGHAPUS DOSA

Sabda Rasulullah s.a.w :"Setiap mukmin itu apabila tercucuk padanya satu duri sekalipun,akan dikurangkan dosanya pada hai kiamat(Riwayat Ahmad)

Rasulullah s.a.w menggunakan syibbih duri,menunjukkan bahawa sekecil mana pun kesakitan akibat ujian yang dialami oleh seorang mukmin,akan menjadi penghapus dosabaginya diakhirat kelak..

Alangkah bahagianya seorang mukmin,apabila diuji terus dia ingatkan dosanya yang akan terhapus diakhirat nanti,lalu tenanglah dia,sakitnya tidak akan terasa!!!

Jadi sedarlah wahai manusia,Ujian yang ALLAH turunkan buat manusia itu merupakan sesuatu yang positif..Justeru,setiap kali diuji seharusnya kita ingat bahawa Allah itu Maha Sempurna lagi Maha Mengetahui..dan tidak menzalimi hambaNYa..

"dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganaiya hamba-hambaNya"
{aal-Imran:108}

"SEsungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun,akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri."
{yunus:44}

Tangan yang menaip lebih dekat dengan tuan punya badan..saya mengingatkan diri saya, juga kawan2,sahabat2,antum,antunna sekalian,agar kita thabit pada jalanNya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..cuma kita saja samada sedar @tidak..

segala yang baik dari Allah yang buruk dari Allah disandarkan pada saya.maaf andai tekasar bahasa..hiduplah untuk ISLAM....
Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

ROQS 2009!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

InsyaAllah, Irbid sekali lagi akan digemparkan dengan program kesedaran tentang Palestin. Kali ini bukan dibawakan untuk warga PERMAI sahaja, malah untuk seluruh mahasiswa Jordan.


Ayuh, Semarakkan RUH Perjuangan!!

Sensitifkah kita terhadap isu umat islam??
Apakah peranan kita sebagai umat islam??
Bangun, dan bersamalah kita menyemarakkan program ROQS 2009!!

Tempat : Dewan Abu Ain..
Masa : 8 malam
Tarikh : 23Julai 2009

* Melihat kepada tempat itu, Dewan Abu Ain, berdekatan sungguh dengan penempatan mahasiswa Yarmouk, jadi selain punyai exam, tidak sekali2 anda akan punyai alasan untuk terkecuali bagi menghadirkan diri.. Jika penyampai itu sanggup datang jauh beribu batu, masakan kalian yang hanya di Irbid tidak dapat bersama2 mengimarahkan program???!!

Salam Sensitiviti!!

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 15, 2009

Berdustakah kita???

Dari :
Ustaz Ismat Nazirin
Graduan mahasiswa Yarmouk

Assalamualaikum...

Persoalan yang ingin di bawa kepada perbncangan kali ini seringkali diajukan kepada "diri ini" bahkan diyakini ianya kerap kali ditanya juga kepada kebanyakan individu lain. Persoalan tentang bolehkah seorang lelaki berambut panjang dan bolehkan seorang perempuan berambut pendek?

Soalan tersebut boleh dipisahkan menjadi 2 persoalan. Dan untuk memudahkan "diri ini" menulis maka ianya akan dipecahkan di mana soalan berkaitan lelaki adalah persoalan yg pertama dan soalan yg bekaitan perempuan dijadikan persoalan yang kedua.

1) Lelaki berambut panjang:

Keadaan ini telah menjadi satu senario yang biasa kita lihat di mana-mana. Apabila ditanya kepada individu-individu terbabit (yang berambut panjang), pelbagai alasan yang dikemukakan semata-mata untuk menguatkan hujjah perihal kepanjangan rambut mereka.

Antara hujah yang sering mereka kemukakan yang ingin diutamakan dalam sanggahan dalam tulisan ini ialah:

i) kubur masing-masing, Jadi aku tak kacau korang buat apa la korang nak sibuk jaga tepi kain orang lain..dan sewaktu denganya.

ii) Sunnah Rasulullah S.A.W.


Ayuh! kita tumpukan kepada 2 hujah dangkal di atas.

i) Berkenaan perkara ini telah "diri ini" nyatakan secara umum kepada dan oleh pihak mana sewajarnya frasa tersebut diungkapkan. Dalam tulisan sebelum ini disertakan beberapa terjemahan ayat Al-Quran tentang perkara yang berkaitan. Kesimpulannya kerana kubur masing-masing lah saudara seislam kita yang lain mengambil berat tentang kita.

Pertamanya kerana mereka melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua Umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat/dakwah dalam apajua keadaan dan bentuk. Mereka meyakini janji Allah bahawa kemanisan di alam Kubur dan Akhirat adalah suatu yang pasti dan nasihat/dakwah adalah salah satu daripada tiket-tiket kemewahan dan kebahagiaan yang akan dikecapi di Kubur dan Akhirat kelak.

Keduanya kerana kubur masing-masing juga lah kawan-kawan yang menasihatkan kita tadi mengingatkan kita tentang perihal akhak dan juga tingkah laku kita yang agak merimaskan (dengan panduan dan kacamata syariah) dan boleh menyebabkan Islam itu dipandang hina oleh orang lain. Masakan tidak, kerana kubur masing-masing lah kawan-kawan kita tadi kasihankan kita, sebab jika kematian adalah serentak dan kubur juga adalah sekali dan sama serta Allah membenarkan individu-individu yang 'terselamat' dari azab kubur menaungi (ala-ala memberi syafaat) orang lain maka tidaklah kawan-kawan kita tadi risau dan bimbang tentang kita. Kerana mereka yakini Allah tidak akan berdusta. Tetapi masalahnya di sini ialah kematian setiap orang adalah berbeza dari segi masa tempat dan keadaan kematian itu sendiri dan naungan tadi adalah suatu yang mustahil dalam keadaan begitu. Maka sesuailah kawan-kawan tadi memainkan peranan mengingatkan kita terhadap perkara yang kita lakukan.

Ketiganya
, Kawan-kawan atau pihak yang menegur/menasihati kita tadi amat yakin tentang peristiwa yang Allah dan Rasulnya gambarkan tentang Hari Pembalasan. Ketika itu semua manusia akan dihitung amalannya dan dipersoal tentang apa yang telah dilakukan ketika hayatnya di dunia. Maka akan ada keadaan dimana saling tuding menuding ke arah orang lain semata-mata takut dicampakkan ke dalam Neraka yang azabnya terlalu dahsyat. Jadi daripada kawan-kawan kita dipersalah di hari pembalasan nanti sebaiknya lah mereka memainkan peranan yang sewajibnya di dunia ini agar tudingan itu nanti akan ditolak mentah oleh Allah kerana mereka telah menjalankan kewajipan mereka dengan mengingatkan kita atas setiap perilaku kita yang agak merimaskan tadi. Jadi kerana kubur masing-masing lah mereka bertindak sedemikian. Kita pula perlulah terima teguran dan nasihat itu untuk bekalan kita dikubur dan ketika dalam ketakutan di medan perhitungan nanti.


ii) Ianya Sunnah Rasullullah S.A.W.

Jika kita menghujjahkan sedemikian maka hak kawan-kawan kita adalah mereka diberitahu tentang sumber yang kita rujuk kerana menyandarkan kepanjangan rambut (dan apa jua tindakan kita) kepada Sunnah Rasullullah S.A.W. Setiap Sunnah Rasullullah semestinya terlakar di dalam sumber-sumber hadith yang sampai kepada kita. Apakah benar kita mengetahui tentang perkara tersebut atau kita hanya menyandarkan dan memindahkan apa-apa yang pernah kita dengari atau disampaikan oleh orang lain melaui kaedah pindah lisan. Kemudian sewenang-wenangnya kita terus dengan yakinnya mengisytiharkan bahawa ianya adalah Sunnah Baginda S.A.W. Tidakkah kita takut tentag ancaman Rasullullah S.A.W. terhadap mereka-mereka yang mendustakan Baginda (Muhammad S.A.W.)? Hadis tentang perkara ini telah dikethaui umum bahkan ianya sebahagian dari hadith yang masyhur dan dimasyhurkan oleh semua lapisan pendakwah masakini.

حدثنا أبو بكر قال حدثنا ابن نمير عن الأوزاعي عن حسان بن عطية عن أبي كبشة عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya: "Barangsiapa yang mendustakan Aku (Muhammad S.A.W), sesungguhnya dia telah menyediakan tempatnya di dalam neraka (atas pendustaan yang telah dilakukan)". -Riwayat, Ahmad, 2/413)

Kesilapan dan kurang fahamnya kita apabila hanya mengaitkan hadis tadi dengan golongan-golongan yang memalsukan hadith dan seumpamanya. Sewajarnya kita meneliti dan memahami bahawa apajua pendustaan yang kita sandarkan kembali samada kepada Rasullulah S.A.W, Allah dan juga Islam sesungguhnya ia juga termasuk dalam kategori tersebut kerana secara tidak lansung kerana tindakan sedemikian akan memburukkan nama baginda S.A.W.

Dalam hal sifat rambut Rasulullah S.A.W (kepada mana-mana individu yang menghafal atau memiliki sumber hadis berkaitan sifat rambut Baginda S.A.W amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan maklumat berkaitan kepada "diri ini" ) kita seringkali menyandarkan panjangnya rambut nabi dengan kepanjangan rambut kita. Apakah kita mengetahui secara jelas sifat-sifat kepanjangan rambut nabi? (panjangnya setakat mana? keadaan rambut Baginda ketika panjang? ketika dan selama mana baginda berkedaan begitu?) Jika kita jelas keadaan tersebut dan kita yakini itulah sifat rambut baginda maka silakan kekal untuk menyimpan rambut anda dalam keadaan yang panjang (sehingga boleh dinisbahkan kepada Sunnah).

Seterusnya, Keperibadian Rasullullah S.A.W. adalah amat sempurna. Kesempurnaan tersebut bukan hanya datang secara berasingan tetapi ianya secara pakej dan menyeluruh. Hinggakan musuh-musuh Islam tiada hujjah untuk memburukkan Rasullullah S.A.W. Maka sewajarnya apabila kita sering menyandarkan kepanjangan rambut tadi dengan Sunnah maka amalan dan tindakan kita yang lain juga perlulah mengikut Sunnah. Dan yang utamanya ialah kita mendahulukan Sunnah yang besar kemudian diikuti dengan Sunnah Baginda yang lain. Akan tetapi ketika ini, jika kita lihat kepada manusia-manusia yang berambut panjang (Muslim), apakah lebih banyak kita nampak sifat terpuji (acuan Syariah) atau sebaliknya? Apakah tingkah laku mereka mendatangkan kelebihan kepada Islam atau sebaliknya?

Bagi sesiapa yang rupanya mirip kepada keayuan seorang wanita, Haram baginya untuk menyimpan rambut dalam keadaan panjang kerana ianya sah menyerupai wanita. Dan celaan serta larangan tersebut jelas dalam Islam. (tambahan pula kalau dah perangai dan tingkah laku lembut semacam dah macam perempuan (tak salah perempuan untuk bersifat lembut bahkan itulah peribadi mereka), termasuk guna peralatan yang digunakan untuk 'menghias' diri dan sebagainya). Keadaan ini banyak berlaku disekeliling kita. Moga Allah membuka pintu hati kita semua gaar berubah ke arah yang lebih baik mengikut apa yang dituntutNYA.

Sekali lagi diingatkan, supaya kita tidak hanya menyadarkan sesuatu kepada Sunnah semata-mata kerana kita melakukan perkara tersebut padahal kita berbuat demikian bukanlah kerana Sunnah Rasullullah S.A.W. tetapi lebih kerana sunnah manusia-manusia lain sebelum daripada kita.

Sementelah kebanyakan daripada kita juga apabila berpewatakan demikian lebih menonjolkan sifat yang tercela iaitu riak dan angkuh kerana kononnya dengan berambut panjang seorang lelaki itu akan dilihat 'macho', gagah dan sebagainya. Bahkan kadang-kadang ramai di antara kita yang gagal untuk menyahut seruan yang lebih besar iaitu sentiasa kemas dan bersih. Sehingga menjadi fitnah dan buah mulut sesama kita. Akhirnya Sunnah Rasullullah tidak lagi dianggap mulia. Siapakah yang bersalah dalam keadaan ini? mereka yang menegur kitakah atau kita sendiri yang berambut panjang tetapi tingkah laku tak pula mengikut Sunnah dalam keadaan kepanjangan rambut tadi di sandarkan kepada Sunnah kononnya.

Semoga kita bukanlah beban bagi Islam dan juga bukan penyebab fitnah berlaku terhadap Islam (bila dah musuh-musuh Islam cerca Islam baru pakat sibuk bantah sana bantah sini, padahal semua itu kerana tingkahlaku kita sendiri yang gagal mengimplementasikan contoh yang terbaik dan mengamalkan semua tuntutan Islam).

2.Perempuan berambut pendek:

Runsing juga bila ditanya soalan begini.
i) Jika seseorang permpuan itu menutup aurat dengan sempurna (sebagaimana yang telah Islam gariskan) maka persoalan ini amatlah tidak releven dengan mereka. Kerana mereka kekal dengan ciri keperempuanan bahkan sebagai seorang muslimat yang iltizam dengan tuntutan Islam. Persolan rambut mereka pendek semacam lelaki adalah persoalan yang musathil. Kerana apabila seseorang muslimat/perempuan beriltizam dengan Islam maka semestinya ada pihak lain juga yang berkuasa ke atas mereka yang sama beriltizam dengan tuntutan Islam. Pihak yang berkuasa tersebut ialah Ibubapa atau sanak saudara atau suami atau anak-anak dan sebagainya.

ii) bagi perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna pula, persoalan ini amat perlu dipandang serius. Pertamanya "diri ini" ingin mengingatkan supaya jadilah muslimah yang sempurna dari segi iltizamnya dengan Islam. Jika anda bertudung dan menepati ciri-ciri menutup aurat yang sempurna sebagaimana yang islam ajarkan nescaya anda tidak akan sesekali berpewatakan mirip lelaki samada rambut, pakaian dan tingkah laku dan sebagaianya.

iii) Jika inginkan "diri ini" membincangkan tentang hukum, maka hukum bagi seorang perempuan yang meyerupai lelaki juga adalah sama dengan hukum seorang lelaki menyerupa wanita dalam pelbagai sudut fizikal. Mengapa Islam menggariskan panduan menutup aurat yang sedemikian kepada muslimah? pengajaran yang "diri ini" boleh katakan ialah kerana Islam menggariskan batasan dan had yang cukup sempurna bagi sifat-sifat seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika seorang perempuan itu menutup aurat dengan sempurna dan berusaha mengikuti apajua tuntutan syariat ke atas mereka nescaya persoalan di atas tidak akan terbit lagi.

bukan kerana diskriminasi "diri ini" membincangkan begitu tetapi ianya adalah realiti. Jika muslimat/wanita semua menepati kehendak syariat maka semestinya perbahasan kepada lelaki yang menyerupai wanita juga boleh dikaitkan dengan meniru gaya atau perlakuan mereka yang bukan Islam dan celaan Islam terhadap perkra yang haram amat jelas...

Semoga tulisan ini membantu kita terus mengorak langkah maju bersama Islam...

"Jangan Jadikan diri kita punca fitnah berlaku ke atas Allah, Para Rasulnya dan Juga Islam".

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 9, 2009

Payung dan soifi

Dari :
Siti Hasliza,
PhD bahasa arab,
Unversiti Jordan
http://sitihaslizaa.blogspot.com/2009/07/bila-ahli-bahasa-mula-bersuara.html

Musim panas ni aku pasti bertemankan payung bila keluar rumah. Maklumlah, puteri lilin katakan. Kalau tak guna payung, aku mudah sakit kepala, dek kepanasan di bumi sahara.

Kalau di bumi Malaysia, mungkin banyak tempat ku boleh berteduh, ditambahi pokok-pokok yang rendang yang boleh memayungiku. Lagipun, kalau keluar rumah dah ada kenderaan di depan mata. Payung pun tetap setia dalam kenderaanku. Jadi, kuranglah berjemur panas di tanahairku.

Hidup di bumi Syam ini cukup berbeza budayanya. Orang sini hanya guna payung waktu hujan sahaja. Kalau musim panas ni, mereka redah je, tak kira laki atau perempuan, muda atau tua, kecil atau besar.

Aku pulak memang anak Melayu, Malaysia, dah biasa guna payung, tak kira musim panas atau hujan, maka kat sini pun aku buat macam tu lah juga. Pernah ada orang Malaysia tanya: "tak malu ke guna payung kat sini?". Huh, lantaklah depe nak cakap apa pun. Yang penting aku selamat, tak sakit kepala. Lagipun bukan salah pun aku nak guna payung.

Memang selalulah kat sini, kalau aku bersama temanku keluar rumah menggunakan payung, adalah manusia yang tesengih-sengih, senyum-senyum, menunjukkan wajah kehairanan, dok asyik tengoklah perjalanan kami. Mungkin bagi mereka sangat pelik ada orang guna payung musim panas ni. Pernah satu ketika, ada yang bertanya: "fi mator?" (hujan ke?), lantas aku jawab: "panas lah!".

Begitulah jadinya kalau kita tak kenal budaya orang. Tambahan lagi, tak pernah keluar ke negara orang, tak pernah bergaul dengan orang asing, maka kita menganggap budaya orang lain pelik dan janggal bagi kita. Dan yang menghairankan lagi, sesetengah orang tidak mahu menerima dan mengiktiraf serta menghormati budaya orang lain.

Nak diceritakan di sini juga, semalam aku pergi jamiah, ada urusan peribadiku di sana. Aku berjumpa sekejap dengan kawan sekelasku Nasirah, lalu dia mengajak aku pergi jumpa Dr. Nihad, Doktor yang masyhur dengan 'otak geliga' dalam ilmu lughah. Kalau masuk muhadharah Dr. Nihad, memang pastilah akan ada benda yang aku tak faham. Maklumlah, bahasa beliau memang berada di awangan, mengalahkan kebanyakan Doktor-Doktor lain.

Setelah aku dan kawanku dihidangkan secawan teh, kami bersembang tentang perkara yang berkaitan dengan pengajian. Kemudian Nasirah menukar topik. "Doktor, Hasliza ni suka bawa payung. Dia tak tahan panas", katanya. Aku tersenyum panjang. Dr. Nihad terus memandangku. "Tahun ni cuaca 'lathif', tidak sepertimana kebiasaan cuaca Saifi, sekejap panas, sekejap kurang", katanya.

"Doktor, di Malaysia, orang guna payung, tak kira samada hujan atau panas", kataku pada Doktor. "Orang sini tak guna payung ya bila musim panas", kataku lagi. "Tak", jawabnya ringkas. "Doktor, orang sini gelakkan sayalah bila saya bawa payung, ada setengah tu siap tanya lagi: ada hujan ke?", beritahuku lagi pada Doktor.

Dr. Nihad pandangku lagi, lalu beliau berkata: "Hasliza, kamu jawab je lah macam ni pada mereka: "payung ni kan namanya 'syamsiyyah', maknanya penggunaannya itu untuk matahari, namanya juga 'mizhollah', alat untuk berteduh, bukan namanya 'mimatroh' (alat untuk hujan).

Ya salam...aku dan Nasirah tergelak kecil dengan jawapan yang diberikan oleh Dr. Nihad itu. Memang 'tabiklah' kat Dr. Nihad. Beliau menyokong perbuatanku. Bolehlah aku buat 'modal' jawapan bila ada orang tanyaku lagi. Kawanku itu amat memuji beliau. Katanya Dr. Nihad memang best, memang bijak. Sememangnya, ahli bahasa tetap akan bersuara dengan bahasanya.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

July 5, 2009

Jamaah vs Assobiyah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, kepada Allah kita bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya masih lagi dapat menghirup udara soifi kali ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat juga pengikut2 acuan dan bimbingan Al-Quran dan As-Sunnah sehingga akhir zaman. Semoga kita semua ditempatkan di kalangan orang yang soleh serta diredhai, Insyaallah..

Waktu ini sedang hangat dengan gerakan2 kerja program mesyuarat agung tidak kira BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) atau PZ(Persatuan Zon), malah MPPM sendiri juga bakal mengadakan mesyuarat agung (Karnival Kebudayaan dan Akademik & Mesyuarat Agung - MEKAR). Saya tidak mahu menyentuh soal siapa yang layak dalam pentadbiran, SPR, itu dan ini, seharusnya sudah boleh berfikir siapa yang layak dalam menggerakkan dan melicinkan pentadbiran persatuan, saya yakin ramai sudah yang bicara soal itu, baca ini (Naqeb), ini (Senior Syafiq) dan ini (Ustaz Shahrul Ifwat).. Lalu, apakah yang ingin saya bicarakan melalui kalam bisu ini?? Teruskan membaca..


Mungkin anda pernah dengar Taddud Jamaah. Apakah yang dikatakan dengan taaddud jamaah?? apakah konsep sebenar taadud jamaah?? adakah ia dibolehkan?? berlandaskan apa ianya dibolehkan?? Di Jordan ini, wujudkah taaddud jemaah??

Taddud jamaah, adalah kalimah arab yang membawa maksud jamaah yang pelbagai. Adakah jamaah dan asoobah membawa maksud yang sama??Apakah yang dimakksudkan dengan asoobah?? Asoobah adalah suatu kumpulan punyai lebih kurang 20 orang, dan kumpulan itu bukanlah suatu badan organisasi, dan ia lebih terkenal pada zaman jahili dahulu dengan kumpulan atau puak dan sifat yang selari dengan mereka adalah assobiyah atau berpuak.. kalimah assobiyah itu adalah kembali kepada asoobah, diambil dari kalimah asoobah..

Jamaah pula, bagaimana?? jamaah adalah suatu badan berorganisasi yang didalamnya terdapat qanun atau qoror atau kalimah yang seumpama dengannya. kalimah jam'iyyah (persatuan) adalah diambil dari kalimah jamaah.sudah tentu didalam itu juga terdapat penasihat, presiden, timbalan juga orang2 yang menggerakkan jamaah itu, tapi tidak perlulah kiranya saya hendak menyebut satu2 itu sedang anda juga sudah tentu arif tentang apa yang dikatakan jamaah.. Cuma apa yang saya mahu bawakan ialah tentang perbezaan kalimah asoobah dan jamaah, itu saja. Noktah!!

Taddud jamaah, di Jordan ini saja, punyai Persatuan Zon dan Badan Kebajikan Anak Negeri. Mungkin anda tidak menganggap kepelbagaian persatuan di Jordan ini sebagai jamaah yang pelbagai, kerana itu adalah untuk memudahkan pelajar2 disini, bergerak dibawah mantiqah, punyai masalah rujuk ketua mantiqah,dan itu dan ini, dan dalam PERMAI sendiri juga wujud 2 cabangan persatuan lagi bagi memudahkan urusan jamiah, yang anda kenal sebagai MMY (majlis mahasiswa yarmouk) itu.. walaupun gerakan2 itu bergerak di bawah lembayung MPPM yang satu, ia tetap melebihi dari satu, dan wajar dinamakan jamaah yang pelbagai!!

Kita tidak boleh langsung mendakwa jamaah yang kita diami inilah yang terbaik, punyai saf pimpinan yang mantap, punyai ahli2 yang berfikiran matang dan jauh, tidak ketinggalan dan kesemua itu. Seharusnya kita bersifat terbuka dalam menerima jamaah yang lain, jika tidak, berlakulah disini sifat asobiyah didalam jam'iyyah. Bagaimana?? Lihat ya!! Anda sedang berada di dalam jamaah(badan berorganisasi), dan memikir hanya jamaah itu sahaja yang benar, hanya jamaah itu sahaja yang betul, jamaah itu sahaja yang tepat pandangannya,hanya jamaah itu sahaja!! lalu disitu telah wujudnya sifat asobiyah yang seharusnya kita tak perlukan di dalam jamaah dan seharusnya diperlukan dalam jamaah adalah sifat kebersamaan.. dan sifat asobiyah, sifat inilah yang telah melanggar konsep jamaah!!

Bagi saya, saya tiada apa2 masalah dengan taaddud jamaah itu, malah lebih senang, apatah lagi jika membuat program bersama, anjuran sekian sekian..., kelolaan sekian sekian... tapi untuk itu haruslah fleksible ya. Andaikan buat program anjuran bersama, tapi yang hanya ditonjol disitu hanya disebelah pihak sahaja, bukankah ia akan mengecilkan hati pihak yang stau lagi. Kcil hati itu perkara kecil, kaum hawa yang selalu sedemikian, tapi apakah pihak yang satu lagi itu akan merasakan kebosanan yang amat sangat kerana tiada apa yang menarik tentang mereka mahu ditonjolkan. Jangan fikir kita bahagia bernaung di bawah jamaah itu, org lain juga bhagia melihat kita disitu.. Tidak!! lain orang, lain ragam.Dan amat payah untuk memuaskan hati semua pihak, tapi sekurangnya, lakukanlah yang terbaik bagi memuaskan hati semua pihak!!

Dan didalam MMY sendiri, punyai anjuran yang disebut2 namanya yang bagi saya gelaran2 bagi anjuran2 itulah boleh juga dikatakan pemisah. Yang sebenarnya gelaran2 anjuran itu bukanlah menjadi tembok pemisha kita andai wujud diantara kita hormat menghormati. Satu pihak diajar dengan cara mereka dengan sebegitu, dan satu lagi pihak dengan cara yang sebegini. Memang amat payah menyatukan dua pemikiran dalam satu jamaah, masing2 punyai pemikiran yang berbeza, namun bukanlah itu suatu perkara yang amat besar jika kita bersama andai hormat menghormati itu dijadikan jalannya.Dan penyatuan kita dengan berlainan fikrah inilah sebenarnya dapat menaikkan MMY sendiri. ya, bukan??

Fahami dengan benar konsep jamaah, wujudnya taddud jamaah bukan untuk bertanding siapa yang hebat, siapa yang lemah, siapa yang menang, siapa yang kalah, siapa punyai ramai ahli, siapa yang tidak, bukan semua itu!! Sebaliknya carilah titik persamaan antara kita, jauhkan pertelingkahan, tidak puas hati, pergaduhan, itu semua buangkan dan campakkan sejauh mungkin..yang penting, dihadapan jamaah itu adalah KEIZZAHAN ISLAM!! kita bersaing demi KEMULIAAN ISLAM!! Jika islam diletak atas kepala, pertelingkahan itu semua tidak akan wujud kerana islam tidak ajar untuk sebegitu!!!

Lalu, tindakan kita selepas ini??!! Fikirkan..

Maaf kerana telah menyentuh sedikit isu sensitiviti di kalangan ahli. Andai bukan ini adalah dari saya, sudah tentu saya juga akan terasa sedikit dengan entri kali ini, tapi inilah yang harus diterima, dan renung2kan ya!!


Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP