Al-Hadith

July 25, 2009

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullah..

Maksud Firman Allah SWT

Iaitu orang2 yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang2 yang mendapat petunjuk


al Baqarah : 156 - 157

Al-Fatihah buat ibu sahabat kita, Faizal yang telah dijemput ilahi pada 25 Julai, sesudah selesainya solat subuh.Innalillahi wa inna ilaihi roojiun. Ibunya berusia 65 tahun dengan tiba-tiba sesak nafas lalu menghembuskan nafas terakhir. Semoga ditempatkan bersama orang2 beriman.. AL-FATIHAH!!

Kematian itu tidak mengenal usia, tempat dan tidak memilih sesiapa. Kematian itu adalah suatu yang pasti, dan pasti kita akan menemuinya. Keadaan yang bagaimanakah kita akan dijemput menemui ilahi??

“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan akan disempurnakan balasan kamu di hari kiamat, barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”

Surah Ali-Imran ayat 185.

4 KATA BALAS:

30.d.c July 25, 2009 at 7:46 AM  

innalillah, mg ditempatkan di kalangan para solihin..

pc July 25, 2009 at 3:17 PM  

ameen.

jongkabe kuat.moga tabah menghadapi.dan moga segalanya yang terbaik~

cik santun July 25, 2009 at 3:48 PM  

innalillah..

inilah peringatan yang buat ntah berapa kalinya pada kita.. untuk kita sentiasa beringat!!

faizal seorang yang kuat!! semoga tabah menghadapi, dan teruskan perjuangan!!

sama2 doakan yg terbaik~~

"Ya Allah, Engkau yang maha menghidupkan, maha mematikan, segala kejadian dalam aturan Engkau, kuatkanlah adik kami, tabahkan hatinya, kuatkan kakinya untuk terus melangkah mengejar keredhaan"

suara hati July 28, 2009 at 8:19 AM  

innalillah..

salam takziah buat faizal (walaupun akak tak kenal yg mana satu) dan ust rahmat yg juga kehilangan ayah..

semua pasti merasa. cuma giliran siapa dahulu, bukan dalam pengetahuan kita..

semoga Allah mengampuni dosanya dan merahmatinya..amiin..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP