Al-Hadith

June 7, 2009

Kemanakah hala tujunya ya??!

Oleh :
Mahasiswi tahun 3,
Kuliah adab, pengkhususan bahasa arab,
Universiti Yarmouk.



‘Biar mati anak jangan mati adat’. Jika disingkap kembali ketamadunan sastera Arab kita pasti akan mengagumi keteguhan serta ketetapan para pencinta sastera dalam menyumbangkan hasil keringat mereka untuk mengembangkan kesusasteraan Arab di mata dunia. Ketinggian , keagungan, kecintaan terhadap tanah air serta kemuliaan bahasa arab itu sendiri mendorong diri mereka untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Apa berlaku??

Pergolakan pada sistem pemerintahan Bani Uthmaniah pada akhir kurun ke-18, telah membawa campur tangan Turkey dalam sistem pewarisan takhta pada masa itu. Selepas Turkey mengusai Tanah Arab, mereka telah membawa perubahan yang sangat ketara dalam pentadbiran politik dan ekonomi kepada masyarakat arab.

Sejarawan telah membuktikan daripada kajian mereka, keretakan sistem politik yang sangat teruk pada masa tu mendorong Eropah cuba untuk campur tangan juga dalam kerajaan Uthmaniyah. Maka, kerajaan pada masa itu telah berpecah kepada beberapa bahagian dan kawasan yang menjadikan sistem pemerintahan bertambah teruk ekoran ketidaksefahaman pemimpin yang telah membawa pelbagai fitnah pada masyarakat Arab pada masa itu.



Rentetan dari itu juga, kerunduman sistem ekonomi menambahkan lagi penderitaan mereka. Bayangkan, penduduk yang ramai ditempatkan dalam satu kawasan yang sempit ditambah pula tiada sumber pendapatan yang tetap. Hasil tanaman yang musnah diserang serangga pemusnah ditambah cukai yang tinggi dikenakan terhadap petani-petani dan pemilik ladang secara kecil-kecilan menambah lagi penderitaan mereka.

Tidakkah dengan kejadian seperti ini membatutkan lagi kerja-kerja seni mereka? Penyair-penyair, para pengkritik, para sasterawan tidak bisa menghidupkan lagi karya-karya mereka. Mereka tidak bebas untuk bersastera sepertimana zaman-zaman silam sasterawan yang terdahulu yang gah bermain syair di pasar-pasar dan di istana-istana mahligai kayangan.

Nak buat cmna?? Bergerak bertambah mutu

Siapa saja pasti mendambakan hidup yang sempurna. Sedangkan semut yang kecil lagi kerdil itu pasti memerlukan tempat tinggal yang baik untuk menyimpan makanan serta kaum kerabatnya inikan pula kita manusia. Pantang digangu gugat pasti kita tidak betah untuk berdiam diri, benar? Justeru, pada pertengahan kurun ke-19, bermulah penghijrahan masyarakat Arab Syam ( Syria, Lubnan dan Palestin ) ke Utara Amerika dan Selatan Amerika.

Tau apa yang mereka lakukan disana? Bukanlah sekadar untuk makan angin. Penduduk Arab pada masa itu mencari peluang untuk bekerja dan memperbaiki taraf hidup mereka. Pada 1889-1919 jumlah masyarakat Arab yang telah berhijrah telah mencapai 60,000 orang. Orang pertama yang berhijrah adalah Anthon Al-Basya’lani Al-Lubnani yang berhijrah pada tahun 1854 ke Utara Amerika dan meninggal selepas 2 tahun penghijrahannya.

Doktrin Mahjar ( Madrasah)

Bersastera sentiasa ‘hidup’ dalam diri masyarakat arab. Sasterawan Arab yang pertama berhijrah adalah Mikhoel Restam iaitu pada tahun 1913. Tidak dinafikan sastera Amerika sedang berkembang pada masa itu tetapi perkembangan sastera Arab yang sangat kukuh dan mantap dapat diterima pakai oleh masyarakat Amerika. Maka, bagi mengekalkan bahasa arab yang sangat agung hilang dan luput dari ingatan mereka, para sasterawan telah bergiat aktif untuk mengembangkan kesusasteraan Arab lalu menubuhkan Madrasah Mahjar ini.

Faktor-faktor sastera ini diterima dalam masyarakat Amerika antaranya adalah :

1. Sasterawan Arab tidak hidup dalam geografi, suasana politik dan kebudayaan masyarakat Arab tetapi mereka mampu untuk membawa adat mereka.
2. Tidak memfokuskan untuk mencari kebebasan hidup di negara orang, bahkan mereka mendidik diri mereka untuk taat hidup sebagai perantau.
3. Metod yang sering digunakan adalah bersifat optimis bersesuaian dengan masyarakat Amerika yang sentiasa memandang ke hadapan.
4. Mereka tidak perlu kepada bahasa pengantar yang lain kerana mereka hidup dalam benua yang sangat kaya dari segi material, kebudayaan dan ilmu.
5. Tidak membawa sasterawan Arab sebarang falsafah tentang parti politik dalam penulisan mereka.

Masyarakat Arab telah bekerja keras untuk mencapai nilai taraf hidup yang sempurna. Tidak hanya dengan bersyair, mereka menghidupkan penulisan melalui majalah-majalah yang diterbitkan oleh mereka sendiri. Tidakkah ini membuktikan kepada kita bahawa campaklah kita sejauh mana, namun jangan sesekali kita melupakan budaya dan ajaran kita. Ya, sasterawan Arab ini masih lagi dapat mengekalkan prosa tradisional dan doktrin-doktrin dalam sastera mereka dari luput.

Biarpun meninggalkan pelbagai sejarah pahit dalam hidup, kecintaan mereka terhadap daulah arabiyah sangat dikagumi. Buktinya, banyak hasil penulisan mereka dan gaya bahasa yang digunakan sentiasa mengingatkan mereka terhadap tanah air tercinta.

Tidak hairanlah jika kita dapati, ada juga masyarakat Barat pandai dan sungguh petah sekali berbahasa Arab. Sungguh kagum bukan?? Berlatarbelakangkan senario ini, marilah bersama-sama memantapkan bahasa Al-Quran ini. Dan tidak rugi bagi kita memperkayakan bahasa seantero dunia yang lain. ‘Adab memang kesenian yang tidak hanya tertumpu kepada satu fikrah bahkan ianya adalah cabang-cabang dari satu fikrah itu’.

0 KATA BALAS:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP