Al-Hadith

June 10, 2009

Masyarakat, kesenian dan sastera

dari muhadarah naqd hadis Dr Naief Al-Ajlouniy…..Kuliah Adab University Yarmouk

Para ahli falsafah,pemikir dan para pengkritik telah membincangkan adakah wujud hubungan antara penulisan sastera dan masyarakat?.Adakah sastera yang terhasil memberi kesan kepada masyarakat atau masyarakat yang memberi kesan kepada perkembangan penulisan sastera itu sendiri?.Maka ada pula yang berpendapat bahawa penulisan sastera itu adalah cermin kepada masyarakat yakni penceritaan mengenai apa yang ada dalam sesuatu masyarakat dari segi akhlak,kemajuan biah dan lain-lain.Dan ada pula yang berpendapat bahawa penulisan sastera itu tiada hubungan langsung dengan masyarakat sekitar kerana sastera itu adalah satu aktiviti atau gerak kerja individu yang asalnya dari diri sendiri,untuk diri sendiri,dan lebih meninggikan ketinggian kesenian didalamnya dan tiada hubung kait dengan masyarakat.Jadi bagaimana??....

Ayuh, teruskan membaca.. moga bermanfaat..



Pandangan Sastera dan Kesenian Untuk Masyarakat(Sastera VS Masyarakat)

Pendapat ini dengan mengatakan bahawa kesenian itu datangnya dari masyarakat dan untuk masyarakat.Pendapat ini mengatakan bahawa kesenian itu adalah sesuatu yang dapat membaiki masyarakat dan menyelaraskan apa yang ada dalam masyarakat dengan ketinggian budi pekerti(sesuatu yang bermanfaat).

Berasal dari zaman falsafah greek mereka adalah Socrates,Plato dan Aristotle. Socrates adalah orang pertama yang menghubungkaitkan antara kecantikan kesenian dengan ketinggian budi pekerti apabila beliau menghimpunkan antara kesenian dan manfaat yang diperolehi dan beliau mentafsirkan kecantikan dalam seni itu apabila ia dapat memberi manfaat samada secara terus atau berperingkat kepada masyarakat.

Plato dan Aristotle pula mereka telah menghubungkan antara kesenian dan hakikat (logik). Apabila disebut hakikat maka secara tidak langsung pendapat mereka telah menolak para penyair kerana para penyair tidak menggambarkan hakikat kehidupan sebenar dan lebih kepada kehidupan khayalan (terutama penyair cinta).

Dan untuk zaman yang terkehadapan sikit pendapat ini dipelopori oleh penulis Russia iaitu Leo Tolstoy yang telah berpendapat bahawa kesenian adalah sebaik-baik wasilah untuk memperkukuhkan akhlak dan mempunyai hubungan yang hebat dengan individu dalam masyarakat itu sendiri.

Antara hujah-hujah sasterawan yang berpegang dengan pendapat ini dalah:

  1. Bahawa asal kesenian itu sendiri dari masyarakat(suatu kumpulan) bukan dari individu.bagaimana?.Ini berdasarkan aktiviti kesenian yang dikatakan bermula dari qabilah-qabilah terdahulu yang mempunyai adat istiadat atau upacara perayaan yang terdapat di dalamnya nyanyian,tarian, muzik dan syair-syair.Dan berdasarkan dari sini jelaslah bahawa pada zaman dahulu telah berkumpul sesuatu jamaah/puak untuk meraikan sesuatu lantas mempraktikkan secara tidak langsung terma-terma kesenian didalamnya.
  2. Sesuatu penulisan itu tidak ditulis melainkan untuk diterima masyarakat dan supaya boleh dikongsi bersama orang lain.Dan penulis itu sendiri akan berasa susah hati jika penulisan beliau tidak mendapat pengiktirafan masyarakat sekitar.Kerana penulis menulis untuk memberi kepada masyarakat,dikritik,membaiki masyarakat itu sendiri. Amat janggal bagi seseorang penulis itu menulis tetapi tidak membenarkan orang lain untuk membacanya seperti Franz Kafka(kes terpencil) yang menulis dan membakar hasil penulisannya sebelum orang lain dapat membaca.
Akan tetapi ada yang berpendapat bahawa pendapat ini mempunyai kelemahan.Kerana jika kita meletakkan masyarakat sebagai tujuan maka para sasterawan itu sendiri berpegang pada sesuatu yang tidak tsabit atau konkrit dalam penulisan mereka.Kerana bagi mereka unsur yang ada pada masyarakat itu sentiasa berubah. Disini maka tebuktilah bahawa ikatan antara penulisan satera dan masyarakat itu diikat dengan sesuatu yang tidak tetap kerana setiap masyarakat itu mempunyai latar belakang,biah,masalah yang berbeza.Bukankah begitu??..

Hujah ini ditolak dengan satu pertanyaan : Adakah setiap unsur atau nilai dalam setiap masyarakat itu berbeza dari semua aspek?…Tidak ye kawan-kawan!!!. Kerana terdapat sebahagian unsur yang dikongsi bersama antara masyarakat diseluruh dunia.Kita mungkin boleh katakan bahawa perkara yang batil sebelum Islam itu berbeza dengan perkara batil selepas Islam,tetapi adakah kita boleh menafikan bahawa unsur budi pekerti(syakhsiah) itu berbeza?? tidak ye kawan-kawan!!..kerana manusia itu memang fitrahnya suka kepada benda kebaikan maka adakah kita boleh katakan unsur adil bagi pemimpin,kebaikan perkataan,sopan dan santun itu berbeza…semestinya tidak dan itulah yang dikongsi oleh setiap masyarakat walau dari mana asal pun masyarakat itu.

Lantas ada pula yang memperkatakan jika kita terikat dengan sesuatu ikatan seperti hubungan antara masyarakat-sastera akan memandulkan (membantutkan) perkembangan kesenian itu sendiri.Kerana apabila diikat dengan sesuatu unsur tidak dapat tidak bagi penulis itu akan berlegar sekitar unsur itu sahaja.Bagi meraka kesenian akan berkembang jika bergerak bebas dan tidak terikat dengan sesuatu unsur.

Hujah ini juga ditolak dengan alasan bahawa penulisan yang dibuat itu tidak terikat.bagaimana?...Ini kerana setiap penulis itu bebas mengkritik dan meluahkan apa yang dirasakan dan menjadi kewajipan kepada para penulis untuk menulis dengan jujur dan tidak menipu.Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya penulis yang menulis tentang hakikat kehidupan sehingga penulisan itu seperti hidup dan berjalan seperti (البلزاك) dan (البرجوازي) yang merendahkan gaya penulisannya kerana ingin menggambarkan hakikat sebenar masyarakat pada ketika itu…tidak terikat bukan??

bersambung……tajuk akan datang sastera & ketinggian kesenian…..wallahua'lam….

rujukan dari kitab : (في النقد الأدبي الحديث منطلقات وتطبيقات:الدكتور فائــق و الدكتور عبد الرضــا عليّ)

7 KATA BALAS:

azimah June 10, 2009 at 3:28 PM  

salam..perkongsian yg menarik.
jadi, hubungan sastera dgn masyarakt lebih kuat dari hubungan sastera dgn individu,bukan??

adakah semua pndgn ini diambil dari falsafah Barat shja?
bagaimana pula pendapt alhi sastera Arab?

jika dpt dikongsi...

dr naief al ajlouniy June 10, 2009 at 7:13 PM  

mengenai hubungan sastera dengan individu nnt akan diterangkan..

pendapat ini xdiambil dari barat sahaja..cuma mereka lah yang mula2 mengklasifikasikan terhadap pembahagian tersebut...iAllah dari pembahagian belah sastera arab akan menyusul...

jika ada udaba' yang lain leh jawab kan...xkan menanya je kot...(tulah dlm kelas xnk bertanya)..

kalo ade apa2 maklumat yang salah sila betulkan..

azimah June 10, 2009 at 7:52 PM  

ish3...'dr naif ajlouniy' ni sy nk brtya pun byk ngomplennya..

kt kelas tu byk komplikasinya...

sila jgn cemarkan nama 'Dr' para udaba' yg lain.

walauapa pun, bertanya itu tidak semestinya xtau langsung.. nk tgk skill mnjawab soalan..

tahniah2..
boley update lgi lepas ni..

anak angkat dr syatnawi June 10, 2009 at 8:39 PM  

ooo..mau menguji...ok pasni akan guna nama 'anak dr...'pula..xkan mencemar duli para dr2 yang dihormati....

apalah kiranya untuk para udaba' yang lain bersama2 bekongsi maklumat....(jgn uji soklan payah2 dowh)...

terima kasih...

bukan udaba' June 10, 2009 at 9:35 PM  

wah, kagumnya tengok para udaba' bermunaqasyah di sini ;)

shafiqah syara' June 10, 2009 at 9:42 PM  

salam... saya juga anakanda angkat doktor ali syara' ,=P ..

izin sy berkongsi dengan ilmu yang sedikit ini..

kesenian pada zaman ini kurang diambil dari udaba' arab kerana kesenian pada waktu itu adalah mengikut nafsu dan khayalan semata.. bukankah ketika itu mereka sangat masyhur dengan syair2 serta ukiran2??! dan sedia maklum bahawa syair adalah "kalam yang mengikut wazan dan qafiah serta mengandungi khayalan"..(kalam mauzun.... bla3)

Jadi, syair2 itu adalah tidak berlandaskan logik akal dan tidak mendatangkan manfaat kepada orang lain..

Dan apabila masuknya thaqafah gharbiah (kesenian barat) ke negara arab, ketika itulah berlakunya suatu perubahan yang besar.. kerana mereka membawa suatu kesenian yang tinggi nilainya.. dan ketika itu juga ramai udaba' arab berhijrah ke Perancis untuk menuntut ilmu sastera dengan udaba' disana..

Dan melalui perubahan itu, maka wujudlah drama, teater dan sebagainya..

Jika salah, harap dibetulkan..

azimah June 11, 2009 at 1:46 AM  

alhamdulillah,perkongsian yg menarik dari kedua-dua ank angkat Dr (walaupun Dr xpenah iktiraf..=P)

sy ingin menambah dari segi pengambilan sastera itu..

Sasterawan arb tidak sama sekali menolak sastera arab disebabkan tiada lg nilai2 seni (cnth : hanya tertumpu kpd khayalan dan nafsu) dan mengambil bulat2 sastera barat.

bahkan dari falsafah barat sendiri, mazhab yg digunakan dlm naqod arabi (kritikan dlm sesuatu syair) antaranya- mazhab romansi.

Dan terbukti dalam mazhab ini semua sastera haruslah berpandukan kpd unsur khayalan dan menolak segala unsur haqiqi.bagi mereka khayalan adalah suatu kesenian yg wajar diketengahkan..(terbyg katon2 yg byk unsur khayalan)

Persoalan yg timbul ialah :apa yg para udaba' arabi ini lakukan untuk memperbaiki mutu sastera arab??

Mereka mewujudkan satu ilmu iaitu Naqob Adabi yg mana ilmu ini adalah wasilah utk mentafsir apakah makna yang tersirat disebalik sesuatu sastera arab.

mereka berpendapat seni tidak hanya tertumpu kpd pembuatan syair sahaja tetapi tafsiran itu juga adalah kerja seni!!..

Dan harus diingatkn juga naqod ini adalah satu perkongsian ilmu dari permuafakatan para udaba' utk mentafsir sesuatu sastera..

Maka, dgn ini byklah kita dapati masuknya unsur2 ghorbiyah dlm penafsiran sastera arab disebabkan mereka mengambil falsafah dari barat berhubung masalah naqod ini.

jadi tidak salah kiranya dikatakan sastera dgn masyarakat adalh lebih kuat hubungnnya dari individu..

[syair + wazan + qofiah + arudh + naqod = fannul mufid]

wallahua'lam..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP