Al-Hadith

June 5, 2009

Kalimah Faiz dan Falih - Satu Perbezaan..

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَيَخۡشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٥٢) سُوۡرَةُ النُّور

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ( ٣) سُوۡرَةُ المؤمنون

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤) سُوۡرَةُ آل عِمرَان

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٢٠) سُوۡرَةُ التّوبَة

Di atas adalah beberapa ayat yang menunjukkan beberapa ciri orang yang sebenar-benarnya berjaya dihadapan Allah. Jika kita perhatikan dalam 4 ayat diatas Allah menggunakan dua kalimah yang berbeza untuk menyebut tentang kejayaan yakni (ٱلۡمُفۡلِحُونَ) dan (ٱلۡفَآٮِٕزُونَ).Mengapa?,mana mungkin alquran itu didatangkan tanpa memberi sebarang faedah,jadi apakah perbezaan diantara kedua-dua kalimah ini.



Kalimah (ٱلۡفَآٮِٕزُونَ) dalam konteks bahasa arab lebih sesuai untuk menunjukkan erti pemenang,jadi kejayaan disini adalah lebih tertumpu untuk memberi makna kejayaan di dalam perlawanan atau pertarungan.Bukankah sesiapa yang menang di dalam perlawanan itu juga adalah seorang yang berjaya?.Tapi kenapa kenapa Allah menggunakan frasa kata pemenang untuk beberapa ayat dan tidak terus menggunakan kalimah (ٱلۡمُفۡلِحُونَ) atau (الناجحون) dalam menunjukkan makna kejayaan.

Seharusnya boleh untuk kita fahami bahawa hidup diatas dunia umpama pertarungan atau pertandingan untuk merebut segala ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah.Pertarungan dengan siapa? Dengan diri, syaiton yang selalu menggoda,nafsu,dunia dan lain-lain yang boleh melalaikan seseorang dari mengingati Allah.Maka tidak dapat tidak selagi mana kita ini hidup kita seharusnya mengerah segala kudrat yang ada untuk kita sentiasa berada dalam keadaan untuk menang.. Bukankah jika hendak memenangi sesuatu perlawanan itu memerlukan perahan tenaga yang banyak lagi baik?!..

Terdapat juga didalam Al-Quran, Allah menyebut bahawa nikmat syurga dan segala di dalamnya adalah satu kemenangan yang besar seperti di dalam firman Allah di dalam surah At-taubah ayat ke 72:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ
وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۚ
ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيم


Bagaimana pula dengan (ٱلۡمُفۡلِحُونَ) ?.Jika kita mencari kalimah (فلح-يفلح) kita akan dapati makna yang diberikan adalah menjayakan tanah atau bertani.Petani dalam bahasa arab adalah (فلاحون) jadi di sini kalimah (
ٱلۡمُفۡلِحُونَ) lebih menunjukkan erti kepada kejayan yang membawa hasil seperti petani.Kejayaan yang memerlukan hasil usaha seperti bercucuk tanam.Bila begitu,segala gerak kerja kita untuk mencapai kejayaan adalah seperti petani yang mulanya berusaha untuk menggembur tanah,menanam,membaja,menjaga dari segala serangan makhluk perosak dan akhirnya menuai hasil yang baik pada akhirnya.Maknanya hasil yang akan kita perolehi berkadaran dengan apa yang diusahakan.Sebaik mana kita menjaga tanaman kita,sebaik itu jugalah hasil yang akan kita tuai pada akhirnya.Bukankah dunia ini adalah ladang-ladang untuk orang mukmin??

Jadi seharusnya hidup kita di atas dunia ini lebih mengerah tenaga untuk mencapai kejayaan yang hakiki umpama seorang atlet yang mengerah tenaga untuk memenangi perlawanan atau seorang petani yang mendambakan hasil yang baik.Kita boleh lihat bagaimana seorang atlet itu menjaga pemakanan,istiqomah jadual latihan,menurut arahan jurulatih demi mengekalkan stamina untuk mencapai kejayaan seharusnya menjadikan diri lebih bersungguh-sungguh lagi.Bagaimana pula seorang petani yang mengerah segala kudrat untuk menggembur,mengorban wang untuk membeli racun serangga dan menjaga tanaman siang dan malam hanya untuk meraih buah atau hasil yang berkualiti.

Jadi apa tunggu lagi,ayuh mengerah kudrat untuk mencapai kejayaan,ketahuilah setiap atlet atau petani itu sebelum mencapai sebarang kejayaan atau hasil,jalan yang penat lagi beronak perlu terlebih dahulu dilalui.Mengapa perlu mengeluh sedangkan ganjaran yang dijanjikan memang berbaloi….semoga sentiasa tsabat dalam perjuangan islam. Terus mengkaji…

p/s:terima kasih pada ust wan atas perkongsian ilimu,moga bermanfaat pada yang lain

Wallahu A'lam

2 KATA BALAS:

Anonymous June 5, 2009 at 9:22 PM  

kalimah najih pula bagaimana?

musa rubaba3ah June 7, 2009 at 11:07 AM  

semalam sembang2 ngan member usuluddin dia cakap najih ni mcm berjaya melepasi sesuatu,yakni lebih membawa maksud berjaya yang mudah laa..tu pasl kalo exam org arab sebut bittaufiq wan najah..kirenya asal berjaya melepasi sesuatu tuh sesuai la pakai najih...maknannya exam tuh tahap kesukaran nya bese2 jer(kire xseteruk mana)...berbanding ngan faiz n falih yang disandarkan pada sesuatu yang mmng banyak mnggunakan tenaga..mmng kadar berjaya tuh melepasi beserta dengan kadar tenaga n usaha yang mmg tahap melampaui batas la...wallahua3lam...cubalah cari najih atau najihun dalam quran ada ke x??...(dari meja asalib bayan)....

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP