Al-Hadith

June 7, 2009

Tarikh konvo

Assalamualaikumwarahmatullah..

Tahniah kami ucapkan kepada para khirrijun yang telah berjaya menamatkan pengajian. Bagi yang sudah mencapai target muaddal terakhir, tahniah diucapkan. Dan bagi yang tidak mencapai matlamat, jangan lah berputus asa. Teruskan perjalanan yang masih jauh di hadapan sana.

Tahniah juga diucapkan buat semua ahli MMY, jadikan para graduan sebagai semangat untuk kita juga berjaya seperti mereka. Tingkatkan akademik, tingkatkan syakhsiah. Praktikkan ilmu yang dipelajari. Rugi bukan, sekiranya belajar siang dan malam, berpulun untuk mendapat markah, tapi akhirnya ilmu itu yang menjadi fitnah kepada kita.


Tarikh raptai konvokesyen :
8/6/2009 - graduan kuliah adab
10/6/2009 - graduan kuliah syariah


Tarikh konvokesyen :
14/6/2009 - graduan kuliah adab
17/6/2009 - graduan kuliah syariah

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 5, 2009

Kalimah Faiz dan Falih - Satu Perbezaan..

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَيَخۡشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٥٢) سُوۡرَةُ النُّور

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ( ٣) سُوۡرَةُ المؤمنون

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤) سُوۡرَةُ آل عِمرَان

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٢٠) سُوۡرَةُ التّوبَة

Di atas adalah beberapa ayat yang menunjukkan beberapa ciri orang yang sebenar-benarnya berjaya dihadapan Allah. Jika kita perhatikan dalam 4 ayat diatas Allah menggunakan dua kalimah yang berbeza untuk menyebut tentang kejayaan yakni (ٱلۡمُفۡلِحُونَ) dan (ٱلۡفَآٮِٕزُونَ).Mengapa?,mana mungkin alquran itu didatangkan tanpa memberi sebarang faedah,jadi apakah perbezaan diantara kedua-dua kalimah ini.



Kalimah (ٱلۡفَآٮِٕزُونَ) dalam konteks bahasa arab lebih sesuai untuk menunjukkan erti pemenang,jadi kejayaan disini adalah lebih tertumpu untuk memberi makna kejayaan di dalam perlawanan atau pertarungan.Bukankah sesiapa yang menang di dalam perlawanan itu juga adalah seorang yang berjaya?.Tapi kenapa kenapa Allah menggunakan frasa kata pemenang untuk beberapa ayat dan tidak terus menggunakan kalimah (ٱلۡمُفۡلِحُونَ) atau (الناجحون) dalam menunjukkan makna kejayaan.

Seharusnya boleh untuk kita fahami bahawa hidup diatas dunia umpama pertarungan atau pertandingan untuk merebut segala ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah.Pertarungan dengan siapa? Dengan diri, syaiton yang selalu menggoda,nafsu,dunia dan lain-lain yang boleh melalaikan seseorang dari mengingati Allah.Maka tidak dapat tidak selagi mana kita ini hidup kita seharusnya mengerah segala kudrat yang ada untuk kita sentiasa berada dalam keadaan untuk menang.. Bukankah jika hendak memenangi sesuatu perlawanan itu memerlukan perahan tenaga yang banyak lagi baik?!..

Terdapat juga didalam Al-Quran, Allah menyebut bahawa nikmat syurga dan segala di dalamnya adalah satu kemenangan yang besar seperti di dalam firman Allah di dalam surah At-taubah ayat ke 72:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ
وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۚ
ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيم


Bagaimana pula dengan (ٱلۡمُفۡلِحُونَ) ?.Jika kita mencari kalimah (فلح-يفلح) kita akan dapati makna yang diberikan adalah menjayakan tanah atau bertani.Petani dalam bahasa arab adalah (فلاحون) jadi di sini kalimah (
ٱلۡمُفۡلِحُونَ) lebih menunjukkan erti kepada kejayan yang membawa hasil seperti petani.Kejayaan yang memerlukan hasil usaha seperti bercucuk tanam.Bila begitu,segala gerak kerja kita untuk mencapai kejayaan adalah seperti petani yang mulanya berusaha untuk menggembur tanah,menanam,membaja,menjaga dari segala serangan makhluk perosak dan akhirnya menuai hasil yang baik pada akhirnya.Maknanya hasil yang akan kita perolehi berkadaran dengan apa yang diusahakan.Sebaik mana kita menjaga tanaman kita,sebaik itu jugalah hasil yang akan kita tuai pada akhirnya.Bukankah dunia ini adalah ladang-ladang untuk orang mukmin??

Jadi seharusnya hidup kita di atas dunia ini lebih mengerah tenaga untuk mencapai kejayaan yang hakiki umpama seorang atlet yang mengerah tenaga untuk memenangi perlawanan atau seorang petani yang mendambakan hasil yang baik.Kita boleh lihat bagaimana seorang atlet itu menjaga pemakanan,istiqomah jadual latihan,menurut arahan jurulatih demi mengekalkan stamina untuk mencapai kejayaan seharusnya menjadikan diri lebih bersungguh-sungguh lagi.Bagaimana pula seorang petani yang mengerah segala kudrat untuk menggembur,mengorban wang untuk membeli racun serangga dan menjaga tanaman siang dan malam hanya untuk meraih buah atau hasil yang berkualiti.

Jadi apa tunggu lagi,ayuh mengerah kudrat untuk mencapai kejayaan,ketahuilah setiap atlet atau petani itu sebelum mencapai sebarang kejayaan atau hasil,jalan yang penat lagi beronak perlu terlebih dahulu dilalui.Mengapa perlu mengeluh sedangkan ganjaran yang dijanjikan memang berbaloi….semoga sentiasa tsabat dalam perjuangan islam. Terus mengkaji…

p/s:terima kasih pada ust wan atas perkongsian ilimu,moga bermanfaat pada yang lain

Wallahu A'lam

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Menututp aurat bukan halangan berKung-fu..


aksi yang sangat sukar dilakukan,memerlukan koordinasi pinggang, kaki dan tgn yang mantap!








anak2 sedari kecil dilatih utk menjaga aurat smbil berkungfu!




Kita tidak seaktif dan sehebat mereka, tetapi sudah membuka aurat beralasankan apa yang kita lakukan itu memerlukan kepada membuka aurat. Mahu berenang?? Silakan, berenanglah di tempat tertutup yang tidak bercampur dengan lelaki. Mahu berlumba lari, tiada salah. Mahu menyanyi juga tiada salah. Sayang bukan, jika bermain itu satu ibadah, tapi mendapat dosa pula kerana tidak menjaga aurat.. Lihat mereka, tiada segan jika dilihat oleh lelaki pun, kerana aurat yang terjaga.

Bertudung dan menutup aurat tidak akan sama sekali menghalang seseorg dari beraktiviti lasak dan memahirkan diri dalam seni pertahanankan diri, apatah lagi hanya pramugari. Tidak wajar mereka yang hanya berada di kapal terbang, yang tidak perlu berlawan senjata, memakai skirt yang singkat dan tidak memakai tudung. Jangan terpengaruh dengan doktorin2 kuffar yang hanya meranapkan dan memusnahkan agama Islam.

Wallahu a'lam.

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

Pejuang muslimat.. Ayuh!!

Benarkah Islam mendiskriminasikan wanita dalam berjuang di jalan Allah?

Adakah benar pakaian menutup aurat penghalang pekerjaan ?



Hendak berkata bahawa muslimat ini lemah fizikal, tidak hebat, nah!! lihat gambar-gambar ini, mereka membuktikan kepada dunia ini bahawa menutup aurat ini bukanlah penghalang pekerjaan untuk menjadi tangkas seperti lelaki..


Jadi, kita yang hanya bergelar mahasiswa, belajar di tempat selesa, tinggal di tempat selesa, apa yang menyebabkan kita membuka aurat??



Muslimat atau khususnya mahasiswi Islam seperti ini yang kita ingin dan perlukan..Bukan hanya sekadar memiliki sifat peka dan penyayang semata-mata tetapi juga memiliki jiwa yang kental,tabah serta berani berhadapan dengan segala macam mehnah dan tribulasi dunia ini.Tanpa suara mahasiswi sudah pasti kampus akan menjadi sunyi dan tanpa muslimat yang tabah dalam perjuangan sudah pasti perjuangan ini takkan terbang tinggi kerana merekalah sayapnya.

Perjuangan Islam juga seperti roda yang berputar,pernah berada di atas dan pernah ada di bawah..Kini sudah tiba masanya untuk kita memusingkan roda itu kembali agar berputar naik ke atas. Transformasi perlu dilakukan,peranan dan pelaksanaan perlu dioptimumkan baik dari muslimin mahupun baik dari muslimat sama-sama perlu bersatu menuju keredhaan yang Maha Satu..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 4, 2009

Komen dan cadangan

Bismilahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatulah...

Kepada semua ahli MMY sekalian, komen anda terhadap blog ini untuk kelihatan lebih menarik amatlah kami harapkan.. Jika ada di antara anda punyai cadangan, bolehlah diposkan pada komen ini, atau melalui emel mmy : mmyjordan@yahoo.com..

Ad-Deen An-Nasihah, ya kan?? blog ini bukan milik saf pimpinan, tetapi untuk semua ahli. Komen anda amat kami alukan.. Segala cadangan insyaallah akan dijadikan penambahbaikan pada masa akan datang, insyaallah..

Syukran..

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

June 3, 2009

Cinta Dunia

Cinta dunia ini..
Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.

Cinta dunia ini..
Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.



Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.

Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.

Ya Raqibb..
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.

Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy..
Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..

Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.



“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “
(QS. Ali Imran:8)



Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP