Al-Hadith

September 12, 2009

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS MAHASISWA YARMOUK (MMY)

UNIVERSITI YARMOUK JORDAN 2009/2010


PRESIDEN
MOHD ZAID BIN DAUD

TIMBALAN PRESIDEN
AFIFUDDIN ABDULMUIZ BIN HAMID

NAIB PRESIDEN
ARIKAH BINTI SADON

SETIAUSAHA
SHARAFIE BIN MOHD DAUD

TIMBALAN SETIAUSAHA
MARDIAH BINTI SHAHARUM

BENDAHARI
NORIZAN BINTI ZULKAPLI

KETUA UNIT TARBIYYAH
MOHD DANIAL BIN MOHD SAZALI@BUSU

TIMBALAN UNIT TARBIYYAH
NURUL HUSNA BINTI MOHD SAADUDDIN

KETUA UNIT AKADEMIK
AMMAR BIN ISMAIL

TIMBALAN UNIT AKADEMIK
ERNA MADINA BINTI MOHD SHAHER

KETUA UNIT THAQAFAH
AHMAD AINUDDIN BIN MOHD HELMI

TIMBALAN UNIT THAQAFAH
NOR ZAKIAH BINTI MOHD RAZALI

KETUA UNIT EKONOMI
MUHAMMAD DZOFIR BIN ZOLKEPILI

TIMBALAN UNIT EKONOMI
NORHAMIZAH BINTI ILLIAS













Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

September 9, 2009

Tahap dan Tingkatan Puasa

Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Tinggal beberapa hari daripada sekarang.Bagaimanakah dengan puasa kita. Ditahap "tadika" , "sekolah rendah" , "sekolah menengah " atau "universiti". Masing2 melalui Ramadan mengikut tahap keimanan dan ketakwaannya. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Firman Allah swt:

ولكل درجات مما عملوا

"Dan setiap orang yang beramal mempunyai tahap dan tingkatan yang tertentu." (Al-'Anam : 132)


Kebanyakan kita hanya melalui "ramadan primary school" iaitu hanya menahan lapar dan dahaga. Adakah ini sudah memadai untuk membolehkan puasa kita diterima. Cuba kita renung hadis ini:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الّزُوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةً فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ


"Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak elok maka Allah tidak memerlukan (memberi pahala) terhadap meninggalkan makan dan minum." (Hr Bukhari - sahih)

Hadis dibawah ini lebih menjelaskan lagi apakah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda:

لَيْسَ الّصِيَامُ مِنْ الّطَعَامِ وَالّشَرَابِ إِنَّمَا الّصِيَامُ مِنَ الّلَغْوِ وَالّرَفَثِ


"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hr Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi - sahih)

Setelah kita membaca kedua hadis ini, kita mesti merenung dan mengingati kembali segala puasa-puasa kita sebelum ini. Bagaimana dengan puasa kita selama ini. Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan ini:

1. Adakah kita masih mengumpat (walaupun benar) dan mengata keburukan orang lain semasa puasa? Memaki dan mencerca orang lain?
2. Adakah kita masih memandang perkara yang haram semasa puasa? melihat movie yang mengandungi gambar yg boleh menyeronokkan nafsu syahwat kita? kebanyakan drama, filem dll ada perkara ini.
3. Adakah kita masih melakukan hubungan cinta semasa puasa ?
4. Adakah kita mendengar lagu-lagu yang haram atau mendengar orang yang mengumpat ketika puasa?
5. Adakah kita menggunakan tangan dan kaki kita untuk perkara yang haram?

Kalau ada salah satu perkara diatas, maka dikhuatiri pahala amalannya lenyap begitu sahaja. Habislah penat lelah dia berpuasa. Renungilah hadis dibawah ini:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش


"Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja." (Hr Ibnu Majah - hasan sahih)

Semestinya kita merasa takut dan bimbang termasuk dalam orang yang tidak diterima puasa dan amalannya. Inilah sikap para ulama salafus soleh yang begitu bimbang amalan mereka tidak diterima walaupun mereka telah melakukan yang terbaik. Abdullah Ibnu Umar berkata:

"Kalaulah aku mengetahui Allah sudah menerima daripadaku satu sujud atau satu dirham sedekah , pasti kematian lebih aku cintai dari segalanya."

Seorang sahabat Nabi saw Fudalah ra juga berkata:

"Kalau aku tahu Allah telah menerima amalanku sebesar biji zarah lebih aku sukai dari dunia dan seisinya."

Oleh itu kita kena sentiasa menilai kembali puasa kita, ditahap manakah ia? kalau kita sudah dapat memelihara anggota kita dari perbuatan yang tidak elok semasa puasa maka kita sudah layak ke tahap pertengahan atau kita sebut "sekolah menengah".

Bagaimakah untuk kita melayakkan puasa kita ditahap "universiti". Kita bukan sahaja menjaga anggota kita semasa puasa malahan menjaga hati kita dari selain dari Allah. Inilah jawapan seorang Soleh, bila ditanya "Kamu puasa dari apa?" lalu beliau menjawab:

أن الصائم عما سوى الله


"Aku menahan diri dari mengingati selain dari Allah."

Kesimpulan

Marilah kita sama-sama meningkat kualiti puasa kita. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Ini bagi memastikan amalan kita diterima. Ramai orang yang diberi kekuatan untuk beramal tetapi tidak ramai amalannya yang diterima. Imam Ibnu "Ataillah as-Sakandari berkata:

رُبَّمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ الّطَاعَةِ وَلَمْ يَفْتَحْ لَكَ بَابَ الْقَبُوْلِ


"Kemungkinan Allah membuka pintu amal untuk kamu dan Allah belum membuka pintu penerimaan amalan untukmu."

Semoga beberapa hari yang berbaki di bulan Ramadan ini kita memperbanyakkan amalan dan semoga Allah membuka pintu penerimaan amalannya untuk kita.


Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

August 5, 2009

MALAM UKHUWAH DAN SOLAT HAJAT MMY 2009/2010

(untuk syabab MMY sahaja)


Bersempena dengan imtihan final yg bakal menjelma, pihak MMY pada hari ini, 5hb ogos akan mengadakan majlis solat hajat bersama2 untuk kita mencari keredhaan illahi...
MOh! datang beramai2....

tentatif ;

7.45 - ketibaan ulama' mahasiswa MMY
- solat maghrib bersama2 dan solat hajat
- sedikit ucapan dari PRESIDEN MMY sesi 2009/2010
- sedikit jamuan ringan =)

tempat: sutuh bayt permai lama

ahli: semua syabab MMY

semoga dengan berjumpaan ini dapat mengeratkan sillaturrahim kita bersama dan keredhaan dan kemudahan dalam menjawab imtihan dapat dikecapi..i.allah

salam khair~

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

JEMPUTAN KE MAJLIS MALAM MENCARI KEKASIH MMY 09/10

(Iklan untuk ahli MMY akhwat sahaja)

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang saya mulakan.



JEMPUTAN KE MAJLIS MALAM MENCARI KEKASIH MMY 09/10


Dengan rasa berbesar hatinya kami saf kepimpinan MMY 09/10 ingin menjemput ahli2 MMY semua untuk hadir ke majlis MALAM MENCARI KEKASIH pada MALAM INI.

Butiran2 majlis adalah seperti berikut:

7.30mlm : Kehadiran ahli ke Bayt Andaleep (besrta dengan wudu’ zahir dan batin i/allah) (“,)
7.40mlm : Solat berjemaah- Solat Maghrib, Hajat, Taubat

8.40mlm : Ta’aruf saf kepimpinan MMY 09/10 dan sesi RnR

*9.15mlm : Solat Isya’ berjemaah dan Salam Mahabbah

9.45mlm : Santapan RINGAN =)

Bersama2lah kita sandarkan pengharapan dan target kita untuk exam niha’ie yang bakal menjelang ini kepada Zat yang selayaknya kita bergantung.

Tidak dilupakan juga kita mendoakan saf yang bakal menerajui kepimpinan 09/10.

Jangan kita sandarkan matlamat kita hanya pada kenangan dan nostalgia.Tapi kita sandarkan segala matlamat dan halatuju yang ingin dicapai oleh pimpinan dan ahli sendiri pada Allah yang Maha Bijaksana perancanganNya..Kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah itu adalah yg sebaiknya..

Sama2 kita hadirkan diri dan hati kita untuk majlis kita pada malam ini InsyaAllah.

“Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingatiKu, Maka baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (20:124)_na’uzubillah..

Berkhidmat kerana Allah insyaAllah,

Saf kepimpinan MMY 09/10.

p/s: Untuk makluman detail majlis bahagian syabab akan menyusul insyAllah.


Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

August 3, 2009

Mahasiswa mesti hidup dalam jemaah islam-dr hassan ali

dari : ustaz hanif mesir
Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat jua kami bersua muka dengan YB DR Hassan Bin Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kemesraan seorang pemimpin yang berjiwa besar serta mempunyai nilai-nilai murni membuatkan kami senang untuk bergaul dengan beliau. Pemimpin yang sanggup untuk bersama-sama tinggl dengan pelajar, solat berjemaah bersama-sama pelajar, memberikan tazkirah kepada pelajar, inilah contoh seorang pemimpin yang tidak kekok serta tidak bongkak dalam menyampaikan dakwah Islamiah..

Apa yang ingin ana kongsikan di sini ialah ana sangat tertarik dengan ucapan yang telah datuk Hassan Ali sampaikan kepada kami. Banyak perkara yang telah disampaikan kepada kami sebagai nasihat seorang ayah kepada anaknya. InsyaAllah ana akan cuba kupas satu persatu nanti..


Apa yang sangat ana tertarik ialah penekanan beliau kepada semua pelajar agar kita semua hidup dalam berjemaah yakni dalam jemaah Islam. Yups hidup sebagai seorang yang beragama Islam sudah pasti hidup juga mesti dalam jemaah Islam, jemaah yang membawa dasar2 Islam sebagai perinsip dalam perjuangan.

Beliau juga memberi penekanan dalam perjalanan bersama jemaah Islam ini kita tidak dapat tidak mesti menghidupkan usrah. Usrah amat penting dalam menerapkan nilai2 Islam dalam setiap individu muslim yang berjaya. Usrah memberikan kefahaman yang jitu dalam siri mendalami agama Islam, dengan usrahlah kita dapat merapatkan ukhuwwah antara kita serta dapat memupukkan perasaan kasih sayang antara umat Islam.

Ust Mustafa Masyhur telah menekankan bahawa jemaah Islam adalah satu kewajipan. Seorang individu tidak mampu untuk membangunkan Ad Daulah AL Islamiah apa lagi untuk membangunkan kembali Al-Khilafah Islamiah. Jemaah adalah satu kemestian demi menyatu-padukan segala usaha fardi (individu). Jemaah Islam yang seperti itulah yang akan berusaha secara jama'i (secara organisasi) untuk merealisasikan kewajipan yang besar ini.

Menurut kaedah Islam yang terkenal:

"Bahawa sesuatu yang tidak sempurna kewajipan melainkan dengan dia, maka dia juga menjadi wajib."

Jadi selagi kewajipan membangunkan Ad-Daulah Islamiah belum sempurna,maka menubuhkan jamaah Islamiah adalah wajib. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang individu, yang mengaku telah sempurna Islamnya boleh hidup bersendirian. Dia tidak berusaha di dalam jemaah untuk melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan segala kewajipan yang terpenting yang mesti dilaksanakan oleh semua umat Islam. Bagaimanakah ia akanm berusaha dalam suasana sekarang ini untuk membangunkan Ad-Daulah-Islamiah dalam keadaannya yang bersendirian itu.

Kebanyakan dari kalangan muslimin tidak merasakan betapa perlunya dibangunkan Ad Daulah Al Islamiah. Juga tida merasakan betapa perlunya menubuhkan satu jemaah Islamiah. Mereka merasa tidak perlu menggabungkan diri mereka di dalam jemaah Islam kerana takut untuk memikul berbagai-bagai bebanan. Mereka lebih mengutamakan afiah dan kesenangan serta keselesaan.

Mereka tidak mahu diganggu oleh musuh-musuh Islam yang mungkin menggugat mereka jika mereka memasuki jemaah Islamiah. Kita telah pun menerangkan serba sedikit tentang betapa besarnya tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap muslim terhadap Islam. Tanggungjawab yang besar itu tidak akan terlaksana tanpa jamaah, walaupun dengan berjemaah itu bermakna bertambah besar beban yan

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

August 2, 2009

Dua nikmat yang tidak terasa

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa.

Sabda Rasulullah:
"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." (Riwayat Bukhari.)

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" (Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.)

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah, tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.


Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)
sumber

Teruskan membaca, semoga bermanfaat..

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP